Followers

Monday 7 November 2011

jangan couple sebelum kahwin, TAK BEST!






salam ..hmm,its esp sad to see my muslim and muslimah ,brothers and sisters(im sorry to say this but i just have too) who knows whats haram and halal, who brings people to understand islam, who fights for islam, but at the same time is in an lawful relationship. Think about it ikhwah, lets say the time you are going to be single will be maximum 5 insyaAllah, what is 5 years being single, compare to then being married where you will be together forrr as long as Allah wills. Ambil lah masa 5 tahun itu untuk mensucikan diri kita . Ingat surah baqarah ayat 216…

Jika kita merampas sesuatu nikmat itu sebelum tiba masa yang sepatutnya, kita tidak akan lagi merasa nikmatnya apabila masanya telah tiba. (contohnya: merampas nikmat bercinta berlainan jantina yg sepatutnya dirasai selepas nikah). So if you want to taste the sweetness of a marriage and desire to have a blessed love, please, prevent (or stopppppp) yourself from ‘snatching’ it before the real time arrives.

Many couple out there might say that being in love is very beautiful (erhhh), and indeed it makes the hearts feel comforted. However, you know something? —> it is syaithan who makes you feel that way. 
If you say: “I don’t know what to do, I can’t stop having this feeling for that person…” Then I will say: “You need not to do anything. Having the feelings is not something sinful as it is not in our control, instead, when you try to express those feelings (by words or actions) towards the person you love, then only it becomes something haram. 
Believe me! 

Sunday 25 September 2011

Terima kasih sayang, Asmalini Ashri

Terharu. kak lin, saya nk awak tahu yg saya juga sgt menyayangi awak! :')
   ps: tq untuk entry cantik manis ni kak lin:)


HANAN UMAIRAH:)

Seindah nama,tuan empunya nama pn tersangatlah lawa...peminat keliling pngn:) miss hanan ni sgt peramah dan mudah di dekati..awal perkenalan kami,bila mana masuk sem2..kami ditakdirkan untuk sekelas..masing2 mudah untuk berkawan,lin n hanan rapat terus,mcm2 kami buat bersama..main sama2..record gelagat ktorang sndri..mmg sgt klakar..!! hanan sgt sporting n laju.. nak pegi mana2 mmg kena jalan laju lah..hanan ni muka dia ala2 org arab sket..:) sy xtau nak kata apa...dia mmg special la,tarok je dia kat negara mana2 pn,kompemmm mmg bleh hdup la..heheh:) kami sama2 berjemaah n std kat masjid..swiitt sgt time tu...selalu muhasabah diri sama2..:) mcm2 kami buat bersama..rindu saat tu...rasa nak putarkan roda masa ni tuk kmbali zaman tu:(  ohhh hannnanananan!!!!

khas buat HANAN:)

drimu hadir tnpa aku menyedarinya...menghulurkan salam tanda berkenalan,saatku menyambutnya,cinta terhadapmu mengalir di hatiku..indah ciptaan ALLAH,ditemukan kita dalam ukhwah ini..moga ianya berpanjangan hgga ke syurga:) ameen

hanan!!! rndu nak borak2 ngn hanan n main pinatttt!! syukran hanan sudi jd kawan lin,baik sgt ngn lin...hanan sudikah awk menjadi sahabat sy selamanya?? :) romantik x?... ahhaha...sygggg hanananananan...:)coconutttt...:P

Tuesday 13 September 2011

sakit itu indah.

Assalamualaikum.

hish. ni first entry setelah bergelar siswi. Baru je 3 hari di melaka dah dapat sakit pakej. T.T
tau je lah kan cane keadaan kalo sakit dan berjauhan dengan keluarga ni. Ubat dah 2 kali ambil. tapi mcm xda effect lsg. Nak tak nak kena jugak paksa diri panjat bangunan KBM setinggi 16 tingkat tu tiap hari.
best. memang best! Dah serupa org tua ganyut. sakit lutut bagai haa.

hari ni dah settle bab daftar course, Alhamdulillah...and now tgh bersiap untuk lunch .
okay. doakan sy cepat sembuh. salam :)

Wednesday 10 August 2011

Mashaallah amazing work,brother!


Mashaallah, brother Allah has blessed you with courage to give dakwah to people you have never met before. Mashaallah! inshaallah ..with this knowledge on how to give dakwah i will be able to give dakwah to my friends and so on. may allah reward you inshaallah 





Tuesday 9 August 2011

tentang solat.


ssalamualaikum....hari ni saya ingin mengajak kawan-kawan untuk sama-sama kita memperbaiki solat kita. Nenek saya kata, solat tiang agama, maka apabila solat kita abaikan, perintah Allah yang lain lagi lagilah kita abaikan. Arwah atuk saya pernah cakap solat mencegah kita daripada sifat keji dan kemungkaran. Tetapi jika kita lihat pada zaman ni, ramai je yang solat, tapi still lakukan maksiat jugak. Malam pegi masjid, solat berjemaah, siangnya berdua-duaan dengan orang yang bukan mahram, aurat tak terjaga, akhlak tak dipelihara, menjerit sini, menjerit sana. So, apa erti solat sebenarnya!! 

1) SOLAT ORANG JAHIL

- Solat yg dilakukan oleh org yg tiada ilmu tentang solat
- Tidak tahu rukun dan sunat dlm solat
- Solatnya DITOLAK malah BERDOSA kerana tidak belajar


2) SOLAT ORANG LALAI


-Solat yg sempurna zahirnya tetapi hatinya langsung tidak hadir dalam solat

-Dari awal hingga akhir solat hatinya langsung tidak mengingati Allah

-Solatnya TIDAK MENDAPAT PAHALA malah dibalas dgn NERAKA WAIL..Nauzubillah




3) SOLAT ORANG YG SEPARUH LALAI SEPARUH KHUSYUK


- Solat yg di dalamnya berlaku tarik menarik dgn syaitan

- Ada waktu lalai,ada waktu khusyuk

- TIDAK JUGA BERDOSA,TIDAK JUGA BERPAHALA..CUMA DIMAAFKAN..wallahua lam




4) SOLAT ORANG KHUSYUK


-Sepanjang solatnya itu penuh ingatan kpd Allah dan kpd apa yg dibacanya.

-Solat begini menghapuskan dosa,menguatkan iman dn lebih dkt kpdNya

-Dianugerahkan pahala dan syurga penuh kenikmatan.




5) SOLAT NABI-NABI DAN RASUL


-Khusyuk mereka sgt luar biasa.

-Mereka benar-benar nampak Allah dgn mata hati,solat seakan2 berbual2 dgn ALLAH




JADI, SUDAH TAHU DI MANA PERINGKAT SOLAT KITA??

saya datang nak ambil nyawa..




Cuba kamu bayangkan......

Tok! Tok! Tok!
Assalamualaikum..
Nak Jumpa Dengan Cik Ah (bukan nama sengoti) Boleh?
Boleh-boleh, 
Cik Ah Oo Cik Ah,
Yer Mak,
Ni ada tetamu nie..
Sape Mak?
Ntah, mak pun x pasti, pelik betul dia ni.
OK2..i'm coming!
Yer Encik, ada apa yer?
Awak Cik Ah kan?
Aah, yer saya.
Awak dah ready?
Ready p mana?
P menghadap Allah.
.....

Tetiba, malaikat maut datang nak ambil nyawa kita. Masa tu, bekal kita sangat sedikit. Adakah kita nak cakap pada malaikat maut tu macam ni,

"Tapi, saya tak ready apa-apa lagi ni. Nanti saya bangun qiam malam ni. Pak cik tunggu yer."

Mustahil. 

Allah dah maklum awal-awal dah dalam surah al-A'raf ayat 34,
Mafhumnya : "Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."

Dan Malaikat Akan Jawab. 
"Sori sikit yer Cik Ah. Saya menjalankan tugas jer."

Ataupun yang  PASTInya.
Dia tak cakap apa-apa dah.
Terus sentap.
Dish!!!!!

Masa tu, dia cakap.
"Banyak cantik muka engkau.Waktu hidup kau tak nak wat. Ambik kau. Degil sangat. Tak nak dengar Allah cakap."

~MATI~

Mati tanpa bekal yang banyak. Pastu bukuih2, kapan2. P hantaq masuk kubuq. Bila jer dah kena timbuih dengan tanah, gelap jer, sunyi sepi, Zassss. Pakcik Mungkar dan Pakcik Nakir datang. Woi Cik Ah, (tak da dah salam-salam nih dengan orang macam nih). Sape nama Tuhan kamu? Cik Ah nak jawab. Tapi sebab gerun tengok muka pak cik- pakcik tu, terus tak tau nak kata apo. Apa lagi, Zupp!!! Kena cemeti Zoro (bahkan lebih dasyat lagi) tenggelamlah Cik Ah dalam tanah sedalam-dalamnya, pahtuih kena cungkil lak oleh pakcik-pakcik tadi. Pahtuih, mereka tanyo lagi. Woi Cik Ah, Sape nabi kamu? Macam tadi jugak, kena pukuq dan cungkil. Berlangsung la kejadian tu sampai hari kiamat. Tu baru kena seksa tanya pasai nama Allah pun dahfail.

 Belum lagi tanya pasai benda lain. Kat dunia kau solat tak? Kat dunia engkau wat baik ke tak? Kat dunia berapa kali engkau ingat Allah? Kat dunia, kau couple kan? Kat dunia, kau main fesbuk hingga lupa solatkan? Kat dunia, kau wat maksiatkan? Kat dunia kau solat, tapi kau lalaikan? Kat dunia, kau sedekah tapi kau ungkitkan? Kat dunia, kau suka dengar lagu-lagu laghakan? Kat dunia, kau tak sopankan? Kat dunia, kau sombongkan? Kat dunia kau sakitkan hati kawankan? Kat dunia, kau menyusahkan kawan-kawan kau kan? Kat dunia, kau egokan? Kat dunia, kau rasa diri kau hebatkan? Kat dunia, kau susah nak mengaku salahkan? Kat dunia, kau suka marah kawan-kawan kau kan? Kat dunia, kau kecikkan hati mak kau kan? 

Kat dunia, kau tak laksanakan tugas dengan baikkan? Kat dunia, kau selalu ponteng tugas kau sebagai khalifahkan? Kat dunia, kau tak cegah kawan kau buat mungkarkan? Kat dunia, kau sokong kawan kau buat maksiatkan? Kat dunia, kau merokokkan? Kat dunia, kau tak jaga hatikan? Kat dunia, kau lengah-lengah buat baikkan? Kat dunia, kau malas wat ibadatkan? Kat dunia kau wat ibadah sambil lewakan? Kat dunia, kau solat tapi solat kau tetap tak mencegah kau wat mungkarkan? Kat dunia kau tutup aurat tak sempurnakan? Kat dunia, kau buat orang lelaki tergodakan? Kat dunia, kau buat itu2kan. Kat dunia, kau buat ini2kan? Dan setiap saat, apa-apa perkara yang kita buat masa di dunia, akan ditanya apa faedahnya. Adakah apa-apa yang dilakukan itu, kembali kepada Allah? 

Jawab Cik Ah, jawab!! Kau terketar-ketarkan? Setiap kali kau jawab YA, atas soalan-soalan tadi. Setiap kali itu juga, cemeti-cemti hinggap, ular, kala, pacat, kumbang, dan pelbagai jenis binatang akan tolong kau. Tolong gigit kau. Bila kau dah sakit. Kau meraung. Kau kena ingat, masa tu walaupun kau sakit tahap gaban sekalipun, kau tak kan mati untuk kali kedua. Kau akan berterusan disiksa hingga ke hari kiamat. Tahniah. Kau berjaya jawab exam dari Mungkar dan Nakir dengan jawapan meraung-raung. Tolong, Mak! Tolong Bapak! Tolong Abang! Tolong Kakak! Tolong Adik! Kakak sakit ni Mak. Kakak sakit. Sakit sangat. MAkkkkkkkkk. Tapi, mak tak datang-datang. 

Kau panggil lak, kawan-kawan kau. Peahhh! Jijahhh! adik Jouleeee! adik Ekiinnn!! Adik Janaaaa!!! Kak Cheahhhh! Kak sehaaa!!! Saidahhh!!! Syafiqahhhh!!! Sufiii!!! Radinnnn!!! Kak Wanaaa!!! Kak Imannnn!!! Adik Azierahhh!!! Adik Aneppp!!! Adik Husairiii!!! Adik Najibahhh!!! Adik husainiii!!! Aweennn!!! Adik Firdausss!!! Adik Wann!!! Adik Masss!! Semua orang yang kau kenal, kau panggil. Tapi, mereka semua tak datang. Mereka bergembira di atas bumi. Tanpa mendengarkan panggilan kau. Kau terus di siksa dan di siksa. Terimalah exam akhirat ini dengan terbaik.Terbaik kerana, itulah balasan untuk amalan-amalan yang kau buat masa di dunia. Sakittttttttttttttt!! Sakittttttttttt!!! Sakittttttttttt!!! 

Di kubur sebelah, sambil-sambil kena siksa. Kau nampak, kubur sebelah sangat-sangat bercahaya. Tak macam kubur kau. Kubur sebelah, ramai je kawan-kawan yang menemani orang dalam kubur sebelah. Mereka bukan siapa-siapa. Mereka bukan family orang kubur sebelah. Mereka bukan kawan-kawan orang kubur sebelah. Tapi, mereka adalah amalan-amalan yang orang kubur sebelah buat masa kat dunia. Amalan-amalan yang kau tak buat. Yassin jadi kawan beliau. Al-Quran pun jadi kawan beliau. Tahjud, hajat, dhuha, taubat semua jadi kawan orang kubur sebelah. Puasa pun ada. Solat-solat wajib yang sempurna. Solat-solat sunat rawatib yang banyak. Semua jadi kawan orang kubur sebelah. Mereka sangat gembira. Menikmati hidangan yang pelbagai. Menikmati keindahan yang terbaik. 

Tapi kau, terus ditemani ular, kala, cacing, lintah, dan pelbagai binatang-binatang yang berkuku dan bergigi tajam. Meraung. Menjerit. Menangis. Sakiiiittttttttttt Makkkkkkkkkk. Sakittttttttttttt. Aku menyesal ya Allah. Aku menyesal ya Allah. Aku menyesal ya Allah. Aku bertaubat kepadaMu ya Allah. Kembalikan aku ke dunia ya Allah. Aku janji, aku akan wat amal banyak-banyak. Aku akan mencintaiMu lebih dari yang lain. Aku janji ya Allah. Aku janji. Tapi semua itu, dah tak boleh dah. Kau akan berterusan disiksa. Dunia bukan tempat kau lagi. 

Firman Allah;


Maksudnya:
[ Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin" ].

Wallahua'lam. 

~ Pesanan buat diriku yang sering terleka.
~ Ya Allah, ampunkanlah aku.
~ Maafkan aku, ummi,abah, abang-abang, adik-adik, sahabat2, yang mengenali aku dan tidak mengenali aku. 
~Maafkan aku.

Monday 8 August 2011

mereka terindah di hati saya













p/s: inilah anak-anak yang selalu menceriakan hidup saya. walaupun kadang-kadang rasa penat melayan kerenah mereka tapi rasa gembira je bila mereka ada bersama.. Terima kasih kepada Allah kerana mengizinkan diri ini untuk berkenalan dan menyayangi mereka..! kalian mempunyai tempat istimewa di hati saya<3










Friday 5 August 2011

Sang hati, Allah sedang mengajarmu~


Aku tahu..perasaan segan itu datang silih berganti
rasa tidak layak berganding dengan orang-orang hebat..
rasa tidak mampu untuk berdiri satu saf bersama dengan orang-orang terhormat
kelibat masa lalu kadang-kadang membuatkan hati menidakkan kemajuan diri

sang hati.....

ketahuilah Allah sedang membantu kamu untuk kembali bangkit!
Allah telah memilihmu untuk merasai kemanisan hikmah

sang hati....

terima kasih kerana engkau semakin PULIH...
terima kasih kerana  engkau semakin kental...
aku hanya mahu kamu terus sihat!
sihat diisi dengan baja keimanan~

Apaaa lah sangat??!


Apalah sangat JANJI yang ditaburkan atas dasar nafsu dan cinta yang tidak halal??
jangan terlalu taksub dengan cinta manusia..!

Saturday 23 July 2011

saya sayang awak sebab awak sahabat saya... tapi saya benci bila awak dating depan saya. saya hanya benci suasana itu, bukan diri awak... saya menyampah bila awak berdua-duan dengan bukan mahram awak didepan saya, tapi bukan awak... saya meluat bila awak berbuat maksiat depan saya...bukan meluat dengan diri awak... saya risau, kalau RASULULLAH masih hidup, tentu baginda SEDIH bila tengok awak melakukan maksiat tanpa segan silu....dan pasti Baginda sedang memerhatikan umatnya dari atas sana.....awak....saya sayang awak.saya mahu ke SYURGA bersama awak! :'(

Saturday 25 June 2011

Bernafas dalam udara Dakwah!



Ini adalah medan kita untuk mengumpul obor pahala, menerangi barzah dan titian sirat menuju wajah Allah!!!





Friday 17 June 2011

aku zalim pada diriku sendiri!

ya Allah,hambaMu tipis iman
namun,Kau bagi nafas
aku tidak tahu lagi
apakah Kau pandang aku
yang berlumur dosa
Aku tidak tahu
adakah Kau ampunkan aku
hanya yang aku tahu
Aku berbaik sangka padaMu

atas nama muhasabah
entah berapa banyak
dosa tak terbilas

berapa banyak nafsu duniawi
aku ikuti
berapa banyak aurat
aku dedahi
berapa banyak solat
aku lewati
berapa banyak sujud
aku lalaikan
berapa banyak amanah
aku pecahkan
berapa banyak pergaulan
hilang batasan
berapa banyak langkah
aku terlupa padaMu
berapa banyak amarah
aku turuti

namun,pada setiap pagiku
ada rezekiMu datang
dari kiri,kanan,depan,belakang
ada kesihatan Kau anugerahkan
subhanallah
Kau Maha Pemurah
aku ingin sekali
jadi hambaMu yang tenang
terus sabar menahan dosa2
namun,apa daya
kadang lemah tak terdaya


Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri
(Yunus 44)




Sunday 5 June 2011

Sungguh, jalan dakwah itu indah





Duhai para pecinta ALLAH

Duhai yang meneladani Muhammad Rasulullah
Duhai yang menjadikan Al-Quran sebagai pedomannya
Duhai yang berjihad di jalanNya dengan sebenar-benarnya jihad
Duhai yang memburu syahid sebagai cita-cita tertingginya...

"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dijalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."(Annahl:125)

Usaha menyeru manusia ke jalan Allah bukanlah pekerjaan yang mudah, ia memerlukan pengorbanan... baik tenaga, harta benda jika diperlukan nyawa sekalipun! Usaha yang mulia ini akan berhadapan dengan banyak halangan dan rintangan yang datangnya dari berbagai penjuru. Jika kita tabah menghadapinya Insya-Allah usaha Dakwah kita akan berjaya..

Tanggung jawab menyeru ke jalan Allah adalah menjadi tanggung jawab semua pihak, mereka yang tak boleh berdakwah dengan lisan, boleh berdakwah dengan harta benda... Ataupun sekurangg-kurangnya berdakwah dengan contoh teladan yang baik! semoga dengan demikian Insya-Allah usaha yang mulia ini diberkati dan akan memperoleh kejayaan....

Ameen Ya Rabb!






Saturday 4 June 2011

Damaikan hatiku Ya Allah.....







Engkaulah Yang Maha Mulia, dan segala makna akan cair di depan kemuliaan-Mu Oh Tuhanku. Justeru, ya Allah, gantilah di tempat keresahan ini dengan kedamaian, di tempat kedukaan dengan kegembiraan dan di tempat ketakutan dengan keamanan.

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan, padamkanlah bara di jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah, buatlah mata yang tidak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan, dan letakkanlah di atas jiwa yang goncang ini kedamaian dan berikanlah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir.

Ya Allah halakanlah kebingungan pandangan hatiku kepada cahaya-Mu dan tindakan-tindakan yang keliru kepada jalan-Mu yang lurus dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu kepada hidayah-Mu.

Ya Allah, lenyapkanlah was-was dengan fajar cahaya kebenaran dan hapuskanlah jiwa yang rosak dengan falak kebenaran dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-Mu dalam keadaan hina.

Ya Allah, lenyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami dan halaulah keresahan dari jiwa kami

Kami berlindung kepada-Mu dari rasa takut, kami bersandar dan berserah hanya kepada-Mu. Kami tidak meminta kecuali kepada-Mu, kami tidak meminta tolong melainkan kepada-Mu. Engkaulah Pemelihara kami- sebaik baik pelindund dan penolong~

Saturday 28 May 2011

Bye Bye cousin!

 salam..hmm,esok kak cik dah nak pegi blaja...Alhamdulillah dpt uia.. so mak dia ada lah buat makan makan skit...ada kenduri macam ni je lah pun dapat kumpul smua famly:)




ni adalah merupakan tetamu terhormat! he he he..tok nyang:)





Rayyan and tokki man.... aish! action je adik ni

                                                    ummi, mama gee, anis and rayyan


                                      this is my handsome boy! mulut comot makan mangga~



                                                           ni baru half okay:)


Rayyan katanya suka buli tok nyang ekk?! tak baik dik..kak hanan pok tangan nak?


Adam and Idris yang sangat comel^^


Rayyan was interviewed! ha ha ha



okay kak cik...ape ape pun.. goodluck ye, jaga diri baik-baik.Semoga nanti pulang membawa kejayaan! bye byeeeeeeee  :')