Followers

Tuesday, 9 August 2011

tentang solat.


ssalamualaikum....hari ni saya ingin mengajak kawan-kawan untuk sama-sama kita memperbaiki solat kita. Nenek saya kata, solat tiang agama, maka apabila solat kita abaikan, perintah Allah yang lain lagi lagilah kita abaikan. Arwah atuk saya pernah cakap solat mencegah kita daripada sifat keji dan kemungkaran. Tetapi jika kita lihat pada zaman ni, ramai je yang solat, tapi still lakukan maksiat jugak. Malam pegi masjid, solat berjemaah, siangnya berdua-duaan dengan orang yang bukan mahram, aurat tak terjaga, akhlak tak dipelihara, menjerit sini, menjerit sana. So, apa erti solat sebenarnya!! 

1) SOLAT ORANG JAHIL

- Solat yg dilakukan oleh org yg tiada ilmu tentang solat
- Tidak tahu rukun dan sunat dlm solat
- Solatnya DITOLAK malah BERDOSA kerana tidak belajar


2) SOLAT ORANG LALAI


-Solat yg sempurna zahirnya tetapi hatinya langsung tidak hadir dalam solat

-Dari awal hingga akhir solat hatinya langsung tidak mengingati Allah

-Solatnya TIDAK MENDAPAT PAHALA malah dibalas dgn NERAKA WAIL..Nauzubillah




3) SOLAT ORANG YG SEPARUH LALAI SEPARUH KHUSYUK


- Solat yg di dalamnya berlaku tarik menarik dgn syaitan

- Ada waktu lalai,ada waktu khusyuk

- TIDAK JUGA BERDOSA,TIDAK JUGA BERPAHALA..CUMA DIMAAFKAN..wallahua lam




4) SOLAT ORANG KHUSYUK


-Sepanjang solatnya itu penuh ingatan kpd Allah dan kpd apa yg dibacanya.

-Solat begini menghapuskan dosa,menguatkan iman dn lebih dkt kpdNya

-Dianugerahkan pahala dan syurga penuh kenikmatan.




5) SOLAT NABI-NABI DAN RASUL


-Khusyuk mereka sgt luar biasa.

-Mereka benar-benar nampak Allah dgn mata hati,solat seakan2 berbual2 dgn ALLAH




JADI, SUDAH TAHU DI MANA PERINGKAT SOLAT KITA??

No comments:

Post a Comment