Sampai satu hati tu saya terdetik untuk tanya kakak naqibah..[flashback]
"akak, orang-orang yang gi majlis ilmu..usrah semua ni Allah yang pilih ke..and, memang akan ada ke orang yang tertapis-tapis tu?
naqibah sengih buat muka comel.
"iyaa hanan, sesuatu benda itu ditapis utk kita asingkan antara dua atau lebih komponen yg berada di dalamnya. Sama lah jugak macam kita. Tapisan dalam DnT sentiasa akan ada. Disepanjang jalan ni akan ada ujian dan fitnah yang akan menyebabkan kita tertapis atau keciciran... "
oohh...
"So hanan kena lah banyak berdoa, baiki niat dari semasa ke semasa semoga kita terus tsabat dijalan ni"
ok dah habis flashback,
kurang lebih macam tu lah perbualan saya dengan kakak naqibah.
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung"
dalam ayat ini Allah nyatakan 'segolongan' (bukan keseluruhan) di antara kita hanya ada sebahagian yang akan terpilih untuk melalui tugas mulia ni.
haa, itu tapisan pertama yang memilih kita untuk menjadi geng/peserta tarbiyyah
Ehh! tak payah lah kot nak overeksaited sgt! lek...lek..tu permulaan cuma.
Tapisan tak terhenti kat situ je tahu..? Allah akan sentiasa buat tapisan demi tapisan. Semakin lama kat atas jalan ni semakin banyak tapisan akan dibuat. Kenapa? kerana Allah nak yang terbaik untuk angkat kembali martabat Islam. Allah taknak ia dicemari dengan tangan para munafik, si futur dan pengecut.
hehh Y_Y
sesuai dengan firman Allah yang berbunyi
"supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dari yang baik dan menjadikan (golongan) yang buruk itu sebagiannya di atas sebagian yang lain, lalu kesemuanya ditumpukkan-Nya, dan dimasukkan-Nya ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang merugi. [8:37]
Tak semestinya mereka yang haibatt di pentas dakwah akan terus kekal haibatt sampai bebila. Mungkin zaman belajar kat uni, kita boleh lagi survive dengan dakwah,Istiqamah dengan usrah, daurah, program semua tu. Tapi nanti masuk pulak alam pekerjaan,Berkahwin, dapaat anak... Haa time tu bebanan dah bertambah..
Bertumbuk, tendang terajang dengan kerja di opis, tanggungjawab di rumah, jaga anak etc Maka akan ada para daie yang keciciran dan tak mampu harungi tapisan tersebut dan akhirnya say "goodbye to DnT" Nauzubillah! So, rajin-rajinkan diri kita Mohon doa pada Allah supaya kita tidak termasuk golongan yang tertapis sebab dalam Quran ada yang disebut
setelahnya ialah golongan yang masih kekal,yang berjaya melepasi tapisan. seolah-olah Allah tidak memandang golongan yang tertapis.
"Maka tatkala Thalut keluar membawa tentaranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentaranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." [2:249]
Ibrah kisah talut dan Jalut.
Selepas wafatnya Nabi Musa, Bani Israel telah diusir dari kampung halaman mereka dan dipisahkan dari anak-anak mereka. Mereka berkata kpd Nabi mereka,
“Angkatlah seorang raja utk kami, nescaya kami berperang di jalan-Nya”.
Apabila diangkat Talut untuk menjadi raja mereka, ada sebahagian yang ingkar kerana merasakan Talut itu tidak layak menjadi pemimpin mereka.
Kemudian, sebahagian yang masih tinggal bersama Talut itu, kemudian diuji sekali lagi oleh Allah dengan sebatang sungai. Hanya sebahagian kecil yang tinggal dan terus mara bersama Talut.
Kemudian, sebahagian yang masih tinggal bersama Talut itu, kemudian diuji sekali lagi oleh Allah dengan sebatang sungai. Hanya sebahagian kecil yang tinggal dan terus mara bersama Talut.
Ujian Allah bukan setakat itu. Apabila mereka berdepan dgn tentera musuh yang besar, sekali lagi iman mereka teruji. Allah menguji mereka utk melihat di manakah merka meletakkan kebergantungan mereka di dalam urusan mereka. Di bawah kekuasaan Allah Maha Pencipta atau kuat atau lemahnya pihak lawan. Dan kali ini, hanya sebahagian dari mereka sahaja yang melepasi proses tapisan Allah itu.
Dan akhirnya mereka berolehi kemenangan yang besar di sisi Allah.
Pengajaran dalam kisah ni, Allah dah tetapkan bahawa tentera Talut itu pasti menang , Dawud bakal membunuh Jalut dan dinaikkan sebagai pemimpin. Tapi Allah tetap sediakan halangan-halangan buat Bani Israel. Halangan tu memang sengaja dicipta tapi “bukan saja-saja”....tapi untuk lihat siapa yang betul seriyes dan ikhlas dalam perjuangan.
Centu jugak lah dengan kehidupan kita ini. Setiap kebaikan yang berlaku itu adalah kerana Allah izinkan kita utk merasainya.
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? " [29:2]
So,Bersyukurlah saat kita masih diberi peluang oleh-Nya utk merasai kebaikan. Bukan manusia yang memilih kita untuk memilikinya tetapi Allah Yang Maha Agung, Maha Kuasa.
Moga terus tsabat!
No comments:
Post a Comment