Cuba berhenti berjalan dan pandang sekeliling.
Daripada 10 orang muslimah yang lalu-lalang di sekeliling, agak-agak berapa orang yang menutup aurat dengan sempurna...?
Alhamdulillah laa kan sekarang boleh tengok ramai yang dah mula sedar tentang kepentingan bertudung. Sampai dekat internet pon berlambak-lambak page orang jual tudung. Gaya belit ada..sarung saja pun ada.. Macam-macam dah sekarang ni.
Bagus, itu bagus.
Kuantiti orang yang bertudung memang meningkat TAPI, kualiti bertudung tu merudum. Ada yang berhijab terlampau mengikut fashion sampaikan etika menutup aurat itu sendiri dah tak terjaga.
saya nak share 3 perkara yang wanita Islam kena awasi ketika mengenakan tudung.
ok yang PERTAMA,
RAMBUT YANG TERKELUAR
Selalu mereka yang bertudung, terutama yang berambut panjang tu..rambut anda mungkin akan terkeluar sikit samaada kat bahagian dahi, telinga atau kat belakang kalau tak diurus dengan betul.
So, penyelesaiannya, ikat lah rambut anda dengan tak terlalu ketat dan tak terlalu longgar. Dan jangan pulak sesaje nak ikat rambut secara tinggi (sanggul) sebab nanti bila bertudung akan nampak macam bonggol dan ia dilarang sama sekali dalam Islam. Lepas dah ikat rambut dengan kemas, jangan lupa pakai telekung. Ni sangat penting untuk pastikan tak ada rambuk yang terkeluar dan berserabai.
next,
BERTUDUNG TAPI PAKAI LEGGING/SELUAR KETAT/BAJU KETAT
Bila bertudung, pakaian jugak harus dijaga. Secara jujurnya, orang yang mengenakan tudung tapi pakai legging/ baju dan seluar ketat kelihatan seolah-olah mempersendakan 'tudung' tu sendiri. Saya rasa kalian dah sedia maklum kot yang pemakaian legging dihadapan khalayak tu hukumnya HARAM. Terlalu ketat dan err saya rasa kurang senonoh.
Pakai lah kain/ atau skirt labuh. Dan kalau teringin nak pakai seluar boleh.. Takde masalah cuma, pastikan kita memilih seluar labuh dan tak ketat dan tak jarang.
Last,
TUDUNG YANG SINGKAT DAN TAK MENUTUP DADA
Tudung singkat dan tak menutup dada ni sangat banyak dalam pasaran sekarang kan...? Ramai yang tak ambil kisah perkara ni. Mereka pakai tudung tapi masih boleh lihat dengan jelas bentuk tubuh dan lehernya tu.
Pilih lah tudung yang bersesuaian dengan saiz badan anda, kalau boleh cari tudung yang panjang untuk menutup bahagian dada. Juga, pastikan tak ada belahan di bahagian leher yg boleh menampakkan kulit leher ketika bertudung.
tips untuk yang bertudung segi 4, kalau kita dah selempang tudung..jangan lupa bubuh pin kat leher, pin dari dalam. Nanti kalau kena tiup angin pun xkan terbukak inshaallah.
Mungkin awal-awal anda rasa tak selesa dengan tudung yang labuh sikit dari kebiasaan, tapi nanti lama kelamaan inshaallah akan rasa TERLEBIH SELESA PULAK.
Trust me!
kita orang Islam, berpakaianlah seperti seorang Islam.
cuma sikit saya nak share,
Perasaan saat kali pertama menutup aurat dengan sempurna memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Anda yang sudah mengalaminya pasti dapat memahami apa yang saya maksudkan kat sini. Cuma yang boleh saya katakan ialah ketenangan!
Firman Allah dalam surah an-nur,
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [an-nur ayat 31]
Semoga bermanfaat!