Followers

Wednesday, 21 August 2013

Tiup habuk

Tak tahu kenapa harini rasa bersemangat pulak jari nak ber'dansa' atas keyboard dan coretkan sesuatu dalam blog setelah sekian lama di tinggalkan tanpa sebarang update. Inshaallah, moga-moga masih diberi kekuatan untuk kembali ke alam blogger yang menuntut seribu satu istiqamah dan kesabaran.

pejam celik, berbaki lagi 10 hari untuk hanan melangkah ke tangga seterusnya yakni baitul muslim.

Perasaan?

Entah nak kata...sekejap excited, sekejap takut, sekejap risau dan akhir-akhir ni lagi entah hape-hape je perasaan. Kadang-kadang rasa nak termuntah tengok  gambar orang kawen kat facebook (sbb diri ni mmg jenis  nak muntah kalau dh berdebar sgt). *terasa mengada kat situ*


okeh!

Minggu ni agak disibukkan dengan aktiviti nak distribute card pada kenalan, saudara mara, jiran tetangga, dan cikgu+lecturer. Bangun pepagi biasanya dah set dlm kepala "apa aku perlu buat harini". kalau tak  buat cantu memang tak tak berhabisan la kerja yang berlambak. Aktiviti sebelah malam pulak berkumpul dengan aunty dan cousin-cousin untuk settlekan goodies. hehe.

Banyak rupanya urusan untuk menikah. Bermula daripada borang permohonan nikah saaaaaampai lah urusan barang hantaran dan goodies apa semua tu. Agak mencabar dan menuntut masa serta kesabaran. Tapi Alhamdulillah beruntung juga keluarga kami tetapkan tarikh perkahwinan sewaktu hanan masih dalam mood cuti sem. Jadi lega sikit untuk buat preparation sebab tak terikat dengan kelas ke apa. kalo tidak.... erm.

Ada yang tanya "kenapa cepat sangat hanan nak menikah nii..." etc.
Dan selalunya, hanan cuma jawab dengan senyuman canggini :)

Ya Allah..

Kalian, Senanya.... semua ni diluar perancangan hanan secara konkrit. Hanan hanya bercita-cita nak tamatkan zaman bujang dalam waktu masih belajar tapi tak pula tetapkan bila dan dengan siapa. Alhamdulillah Allah dah tetapkan macam ni dan hanan hanya melalui ketetapan Allah buat hanan. Kami kenal tak lama pun... Hanya 2 bulan urusan perkahwinan nak dilaksanakah. 25 mei dirisik. 8 june bertunang dan inshaallah diijabkabulkan 31 ogos nanti. Itulah, bila Allah dah buka jalan...semuanya sepantas kilat. kekadang rasa mcm tak percaya jugak selaju ini. o__0"


Meniti 10 hari terakhir dalam kesibukan buat preparation apa bagai, Alhamdulillah mendapat sokongan dan nasihat yang tak putus dari akhawat(s) terchenta dan mereka mengingatkan hanan untuk 'jaga rapi' mutabaah amal. Terharu betul, yelah.... hakikat kita manusia yang mudah lupa. sentiasa perlu ada yang mengingatkan dan mendorong. Ukhti nusaibah banyak ingatkan hanan supaya jaga amal ibadah, lazimi solat-solat sunat dan perbanyakkan zikir kepada Allah. Mudah-mudahan urusan ni berjalan dengan lancar katanya. Jazakillah ukht!


Selain tu, hanan curi-curi masa untuk baca buku yang disyorkan oleh akhawat dan kakak ipar. Buku penjernihan hati dan persediaan menghadapi Alam perkahwinan. Tu sebagai bekal secara teori yang praktikalnya tunggu nanti. Terkadang, bila duduk sendiri selalu la jugak kepala ni merewang dan terfikir  "Bersedia dah ke aku nak pikul tanggungjawab sebagai isteri ni? Layak ke aku untuk jadi sayap kanan si suami dalam sama-sama menggerakkan dakwah nanti? Bersediakah aku nak lahirkan mujahid mujahidah di jalan dakwah ni? ..."

uhuk.uhuk.

Bila memikirkan persoalan macam ni, cecepat istighfar padaNya moga-moga impianku dipandu oleh syariatnyadan dijauhkan dari hasutan syaitan laknatullah! Ameen!

Apa pun, hanan dengan kerendahan hati memohon doa daripada sahabat pembaca semoga baitul muslim yang bakal dibina mendapat keredhaan dan keberkatan Allah swt. Mudah-mudahan penyatuan ini jugak memberikan kekuatan untuk Islam inshaallah.

oh ya!

Jangan lupa ambil peluang selepas solat untuk doakan mesir, doakan saudara-saudara kita kat sana. Mohon supaya Allah selamatkan bumi Mesir dan ringankan penderitaan mereka kerana sesungguhnya DOA MERUPAKAN SENJATA MUKMIN.










No comments:

Post a Comment