Followers

Tuesday 12 February 2013

Nikah kawin sana-sini


Musim ni kalau bukak fesbuk, blog, twitter, dan seangkatan mesti akan nampak banyak gambar dan segala jenis update pasal kawin, nikah dan semua tu kan? 

Pastu kita yang masih membujang ni mula rasa dijentik-jentik je hati tu. Seronok dan tumpang bahagia lihat sahabat dan saudara kita yang dah melangkah ke alam baru,Alhamdulillah.

Ekceli update kali ni bertujuan untuk berkongsi rasa bahagia dengan anda. Mau tak nya, kawan saya yang duk ronggeng sana-sini dah nak jadik bini orang dah!!!.

Jemputan yang pertama, majlis pertunangan kawan sama-sama english class lepas spm dulu. Seterusnya sampai satu lagi invitation card dari senior sekolah, dan yang paling menerujakan.. seorang sahabat saya ni buat suprise time birthday. Cik wani, eh eh Puan wani. Dia pm di facebook wish birthday dan sekaligus ajak gi kenduri dia. What? kenduri? haa?? wani ke? ehh wani dah nk kawin? eh eh betul ke ni? okay keterujaan melampau disitu.
Alhamdulillah sampai waktu entry ni ditulis,saya dah memenuhi ketiga-tiga undangan tersebut. Happy, seriyes happy. Teka teki mereka dah terjawab,dah jumpa pasangan halal masing-masing :)

Cuma yang tak menahan, biasa lah dah masuk usia sweet 20+ ni ada saja yang suka mengusik. Huuuu, tapi takpalah saya tak take it serious pun. Mereka yang bertanyal 'turn' saya selalu nya akan berbalas senyuman ataupun "kasi can orang lain dulu.."
Ohoiii! Tipulah sapa tak nak kawen? sunnah nabi tu *senyum*

Tapi setelah mendengar beberapa siri yang 'horror' dalam berkaitan hal ini, saya perasan diri sendiri ada beberapa perubahan yang (entah la baik atau tidak sebenarnya). Saya lumpuh untuk mempercayai lelaki kecuali abah dan adik beradik lelaki.

Mungkin selalu sangat baca/dengar sharing dari mereka yang berpengalaman. Seriyes! mendengar cerita mereka tentang bahagia dan bagai menimpa rumahtangga buat saya rasa takut kerana kebanyakan cerita yang saya baca dan dengar sangat banyak dugaannya.

Astaghfirullah, saya tahu sangat tidak adik untuk menyamaratakan semua lelaki kat dunia ni, tapi memang tak dapat menipu hati sendiri. Selalu terbayang apa yang saya pilih tu AKAN SALAH dan menyebabkan saya menyesal dikemudian hari. Ya very bad, i know T_T

For now... saya memilih untuk tumpang bahagia melihat kawan-kawan yang sedang berbahagia. Tapi sampai bila? ermm... Mungkin sampai Allah kata INILAH MASANYA. Ameen,saya harap begitu!

Mungkin nampak tak matang disitu. err. garu kepala

Selagi mana diri ni masih bebas dari sebarang ikatan, saya memilih untuk turut bahagia dengan cara sendiri. Yang PALING PENTING sekali, saya mahu beriman dengan maratib amal. Mahu memantapkan fasa pertama yang maha penting sebelum Allah bagi signal supaya melompat ke tangga seterusnya yakni baitul muslim.

Tak mahu saya menzalimi sesiapa. Diri ini akan bersenang hati untuk melangkah ke tangga seterusnya hanya dan hanya dan hanya apabila sudah memenuhi penanda aras muasafat tarbiyah.

Tak perlu gopoh dalam urusan jodoh. sekian,

p/s: selak Al-Quran, cari surah al-Furqan ayat 74. Amalkan,semoga beroleh keredhaan Nya!




2 comments: