Followers

Tuesday, 10 April 2012

kebanggaan kami ^^



kejayaanmu adikku,
telah menitiskan air mata seorang ibu,
gembiranya ayahbonda kita
tatkala engkau mempamerkan kejayaan mu,
engkau gembira,
kami gembira.


adikku,
usah mudah terpesona dgn fatamorgana
kelak dikau kan binasa
pandanglah dunia ini dgn mata hati
agar kau bisa melihat apa yang tersembunyi


tahukah engkau wahai adikku,
ranjau di hadapan lebih sukar
taburkanlah sekelumit pengorbanan
agar kau tabah menghadapinya
semoga kejayaan hakiki di dunia dan akhirat menjadi milikmu











p/s: Adikku, kalau kau membaca ini, ketahuilah bahawa kakakmu ini, tak pernah lupa namamu di dalam setiap tadahan doanya . Terima kasih kerana telah membuat kami bahagia dengan kehadiranmu di dlm keluarga:')

No comments:

Post a Comment