Boleh tahan sibuk jadi suri rumah ni ya, tu pasal selalu ada je update yang tertunda. Ermm, Apa khabar roh dan jasad? masih subur terisi dengan taqwa atau sudah lemah longlai dengan timbunan dosa?? erk! tepuk dada tanya iman :)
baiklah!
Seperti yang dijajikan, entry kali ni nak ' Tunaikan janji ' untuk update pasal kes hanan umairah tak balik kota kemuning lepas iftar.. ehh! ingat lagi ke??..bagi yang belum baca , atau yang ingat-ingat lupa, boleh tengok kat sini. oookay!
Hmphh, memula tu kan plan nk tunggu kak farah datang amek dekat main entrance sunway pyramid. so lepas bersalam peluk cium dengan ayu tersayang, kami berpisah..ayu terus balik ke SACC mall, saya ke tempat 'kepala singa' menanti kak farah. ngeh ngeh
tunggu punya tunggu.. tetiba kak farah msg, rupanya mereka dah tersilap masuk tempat parking. ishh, tengok jam dah 6.30 masa tu. Memang gedebak gedebuk jantung ni. Dalam hati duk berdoa jangan laa sebab datang amik saya kat sini, tergendala plan asal kak farah.
Kurang lebih dopluh minit memanjangkan leher ala-ala kaum kayan nunn di Thailand untuk cari kak farah dan suaminya. Dah puas pusing kiri kanan takde jugak, terasa nak tengok belakang.. alin-alih dah tercegat seorang wanita yang sangat sopan berjubah sambil dipimpin tangannya oleh seorang lelaki, tersengih kat saya. oohhh legaa!!
tak kira banyak dah! cepat-cepat pergi salam dan err, sempat juga huggg! (walaupun tahu dah lambat) ^___^
Selesai scence ORANGLAMATAKJUMPA, kami berpimpin tangan dan menuntun langkah suami kak farah menuju ke kereta. Ahahaha! dalam duk nak cepat sempat lagi mata dan telinga ni menangkap soseh soseh org yg excited jumpa farah lee ;D
Sampai di hotel singgahsana betul-betul orang azan. Awkward toksah kira laa, sebab rasa asing. kat table tu semua adik beradik abg ally. tapi cuba berlagak selamba ahaha! Laksa penang, air jagung, abc dannn. muffin sebijik. Itu je yg termampu makan. Alhamdulillah kenyang.....sangat! Lepas makan,nak solat maghrib tapi faham-faham aje lah cena surau hotel time tu kan..penuh dan padat.
Jadi,misi seterusnya mencari masjid untuk solat maghrib. Seperti yg telah direncana rapi oleh Allah, ditakdirkan kami bersolat di masjid bulat,pj. Solat Maghrib, Isya' , tarawikh dan terlibat sama majlis khatam quran disana. Lepas solat (ikut plan asal) saya balik kota kemuning. Tapi memandangkan kami lama tak jumpa dan sememangnya susah nak jumpa saya setuju untuk overnight di rumah mereka atas keizinan pihak berkuasa ahahha. Pihak berkuasa tak tahannn.
Tak sangka sporting rupanya abg ally, lepas terawikh tu bawak kami ke jalan tar (tapi tak turun pun sebab ramai sangat org). Dalam kereta kami layann ceramah ustaz kazim. Ahahaha! pasal apa? pasal perkahwinan. Comel kan mereka. Walau dh beberapa bulan kawin masih belajar dan mendalami ilmu rumahtangga.
Sambil dengar ceramah kami bincang itu ini. Dapat la juga kutip pengalaman dan nasihat mereka berdua. Bisebabkan ramai sangat manusia si jalan tar, jadi kami berpatah balik dan sudahnya ke tesco. Beli itu ini termasuk ingredient oreo cheese cake. Abg ally tahu kami banyak benda yang nak di 'share' , kak farah dipinjamkan buat saya sementara dia ke bahagian lain.
Agak lewat sampai rumah, mata dah merah..kaki pun sakit. Nak bersembang dengan kak dah tak mampu, masuk bilik..bersiap-siap lebih kurang dan terus ke alam mimpi. zzzzzzzzz! LENA.
************************************************
Alarm pukul 4.30, tapi terjaga dah pukul 5. itu pun sebab dengar orang azan subuh. Bermatian hengat dah takde can nak bersahur (sbb dah azan kononnya) padahal kak farah kata tu azan nak kejut org bangun. ohh, malunyaaa hehehe.
'' Macam mana hanan tidur semalam? okay semua? selesa?.." Aduhh! malu, patutnya saya yang harus mendahului dgn ucap terima kasih atas bilik selesa dan serba serbi lengkap. hhihihi, Terima Kasih tuan rumah.
Kami berjubah hitam dan putih, jalan kedek-kedek ke kedai makan yg memang sangat dekat dengan rumah. Wahh, tak pernah-pernah keluar seawal ni. sejukkk! lepas bersahur, kami terus ke masjid. pun jalan kaki jek! walawehhh best la kat kawasan ni masjid pun dekat kan! Buat PERATAMA KALI NYA sy berpeluang menghadirkan diri waktu subuh ke masjid. Antara jemaah yang hadir, penduduk setempat termasuk orang-orang acheh. Sangat bagus mereka, lepas solat sambung pulak dengan kuliah subuh. heavennn. Time bersalaman dengan jemaah lain sebelum pulang, seorang makcik menghampiri
" Maaf tanya.. ni isteri ustaz ke (ustaz yg duk bagi kuliah) "
kak farah dh melebar senyum keh keh keh.
" Ehh tak lah, bukann makcik.. bukannn" -.-
Lepas tu kami terus balik rumah. Seperti yang dijanjikan, saya dan kak farah ditinggal berdua untuk sambung cerita dan berkongsi kisah. Hahh! dan yang paling best waktu ni dapat tazkirah dari kak farah ;)
Sharing bagaimana survive di korea, pengalaman kak farah sendiri yang terpaksa bersolat di bawah tangga berhampiran store sebuah shopping complex disana... dan yang buat hati ini benar kagum adalah kisah beberapa teman baiknya yang memeluk Islam disana. BEST BEST..! Tertunduk malu jugak laa saya memikirkan betapa mereka yang berada di korea sana harus bermujahadah semata-mata untuk bersolat.
* Ehemmm! kita kat sini masjid berterabur pun malas nak solat yedak?!
************************
Tengok jam dah pukul 10. Jadi harus akur pada masa yang memang jeless pada kami.
Siap kemas bilik, packing barang dan melompat masuk kereta hihihi.
kak farah mendahului bawak kereta idaman sayaaaa, xaci ! :P
ini kat traffic light wehehehe.
sementara menunggu suami kak farah yg hantar keta pi basuh.
Dan akhirnyaaaa... selamat diserahkan kembali hanan umairah kepada mok jah ^^
teringat!
sewaktu dalam kereta otw ke shah alam....
Saya memberanikan diri untuk kata... " Kak Farah, Abg Ally... Terima Kasih ya untuk belanja iftar, berus gigi, bilik selesa, belanja sahur dan maaf menyusahkan..."
*malu, seriyess malu waktu cakap mcm ni, heeeee.
Memang sehati benar mereka ni, serentak jawab tu... " Tak ape, kitrg yang patut terima kasih kat hanan... datang tetamu membawa rahmat, perginya membawa dosa... "
Dan saya..... senyum lebar-lebar macam ni :))))
# Alhamdulillah. Waktu bersama kak farah sangat indah. berpeluang iftar,sahur dan subuh bersama. Bermacam yang kami kongsikan. Kak Farah juga bekalkan saya dengan nasihat-nasihat indah seorang kakak kepada adik perempuannya.
Dan sekarang saya nak cakap, Iyaaaa..... memang benar indah bercinta selepas kawin. Melihat mereka buat saya lagi yakin. Tak payah nak sibuk risau memikirkan sangat siapa jodoh kita. Cukup kita persiapkan diri dengan ilmu... nanti Allah akan buka jalan dan tunjukkan orangnya bila dah TIBA WAKTU YANG SESUAI.
Sekali lagi jazakillah khairan katheera kak farah dan suami untuk semuanya. ya! selamat berbahagia fi dunya wal'akhirah buat kalian.
teringat!
sewaktu dalam kereta otw ke shah alam....
Saya memberanikan diri untuk kata... " Kak Farah, Abg Ally... Terima Kasih ya untuk belanja iftar, berus gigi, bilik selesa, belanja sahur dan maaf menyusahkan..."
Memang sehati benar mereka ni, serentak jawab tu... " Tak ape, kitrg yang patut terima kasih kat hanan... datang tetamu membawa rahmat, perginya membawa dosa... "
Dan saya..... senyum lebar-lebar macam ni :))))
# Alhamdulillah. Waktu bersama kak farah sangat indah. berpeluang iftar,sahur dan subuh bersama. Bermacam yang kami kongsikan. Kak Farah juga bekalkan saya dengan nasihat-nasihat indah seorang kakak kepada adik perempuannya.
Dan sekarang saya nak cakap, Iyaaaa..... memang benar indah bercinta selepas kawin. Melihat mereka buat saya lagi yakin. Tak payah nak sibuk risau memikirkan sangat siapa jodoh kita. Cukup kita persiapkan diri dengan ilmu... nanti Allah akan buka jalan dan tunjukkan orangnya bila dah TIBA WAKTU YANG SESUAI.
Sekali lagi jazakillah khairan katheera kak farah dan suami untuk semuanya. ya! selamat berbahagia fi dunya wal'akhirah buat kalian.