Followers

Friday, 17 February 2012

lihat wajah di cermin





Ketika wajah ini terlihat di cermin, kita semakin sedar bahwa tidak ada yang dapat kita sombongkan pun. Wajah ini Allah yang ciptakan dengan bahan yang sama dengan orang lain, dah tu kenapa kita menganggap diri kita ni superior?? hmm?? Padahal di balik wajah ni kita menyimpan banyakkk sekali aib keburukan yang tak diketahui oleh orang lain.

# Sungguh tak ada 
kebenaran di dalam kesombongan!


Monday, 13 February 2012

indahnya kalau benar dihayati


Pernah tak kita terfikir apa maksud di sebalik bacaan solat kita?? Mesti pernah kan? Atau tidak pernah?? mulai hari ni sy tekad. Tekad untuk cuba menghafal agar solat dapat dihayati dengan lebih mendalam. Harapnya misiku ini bukanlah hangat-hangat tahi ayam!

Jom ramai-ramai hafal maksud di sebalik solat agar apa yang kita baca itu kita faham sekaligus ianya akan meresap ke dalam jiwa kita. :)

Paling terkesan dalam hati saya apabila membaca doa iftitah. AKU HADAPKAN WAJAHKU BAGI TUHAN YANG MENCIPTA LANGIT DAN BUMI. Tapi masih juga terkadang otak ini melayang entah ke mana. Sibuk memikirkan hal duniawi. *istighfar kejap! sy pasti ini semua kerana tidak faham apa yang disebutkan dalam setiap bacaan. Akan ku cuba serapkan maksud ini ke dalam jiwa dan otak agar solatku lebih khusyuk. AMEENNNN!






Doa Iftitah 

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


Bacaan ketika tahiyat awal
Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tambahan untuk tahiyat akhir
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Sama-sama kita perbaiki diri. Jika ada salah silapku harapnya ditegur, jangan biarkan aku terus hanyut dibuai mimpi indah dunia sementara ini.

Thursday, 9 February 2012

hadiah dari Dia



Syukur kerana pernah dianugerahkan perasaan  itu, Syukur kerana akhirnya aku ditarbiyah.

peluk erat hati ni ya Allah. jangan biar ia terepgi lagi.