Followers

Wednesday, 6 March 2013

kenapa kenapa

Kenapa saya buat ni. 

entah.

Tadi habis kelas 9am, Balik bilik..daftar kursus dan settlekan sikit perkara kemudian ini yang jadi.

Minat baru? emm mungkin!



Baju muslimah paddlepop >_<




 Tapi lepas siap dan tengok hasil, rasa PUAS! :)


P/S: guna logam yang ada untuk ISLAM, inshaallah



Tuesday, 12 February 2013

Nikah kawin sana-sini


Musim ni kalau bukak fesbuk, blog, twitter, dan seangkatan mesti akan nampak banyak gambar dan segala jenis update pasal kawin, nikah dan semua tu kan? 

Pastu kita yang masih membujang ni mula rasa dijentik-jentik je hati tu. Seronok dan tumpang bahagia lihat sahabat dan saudara kita yang dah melangkah ke alam baru,Alhamdulillah.

Ekceli update kali ni bertujuan untuk berkongsi rasa bahagia dengan anda. Mau tak nya, kawan saya yang duk ronggeng sana-sini dah nak jadik bini orang dah!!!.

Jemputan yang pertama, majlis pertunangan kawan sama-sama english class lepas spm dulu. Seterusnya sampai satu lagi invitation card dari senior sekolah, dan yang paling menerujakan.. seorang sahabat saya ni buat suprise time birthday. Cik wani, eh eh Puan wani. Dia pm di facebook wish birthday dan sekaligus ajak gi kenduri dia. What? kenduri? haa?? wani ke? ehh wani dah nk kawin? eh eh betul ke ni? okay keterujaan melampau disitu.
Alhamdulillah sampai waktu entry ni ditulis,saya dah memenuhi ketiga-tiga undangan tersebut. Happy, seriyes happy. Teka teki mereka dah terjawab,dah jumpa pasangan halal masing-masing :)

Cuma yang tak menahan, biasa lah dah masuk usia sweet 20+ ni ada saja yang suka mengusik. Huuuu, tapi takpalah saya tak take it serious pun. Mereka yang bertanyal 'turn' saya selalu nya akan berbalas senyuman ataupun "kasi can orang lain dulu.."
Ohoiii! Tipulah sapa tak nak kawen? sunnah nabi tu *senyum*

Tapi setelah mendengar beberapa siri yang 'horror' dalam berkaitan hal ini, saya perasan diri sendiri ada beberapa perubahan yang (entah la baik atau tidak sebenarnya). Saya lumpuh untuk mempercayai lelaki kecuali abah dan adik beradik lelaki.

Mungkin selalu sangat baca/dengar sharing dari mereka yang berpengalaman. Seriyes! mendengar cerita mereka tentang bahagia dan bagai menimpa rumahtangga buat saya rasa takut kerana kebanyakan cerita yang saya baca dan dengar sangat banyak dugaannya.

Astaghfirullah, saya tahu sangat tidak adik untuk menyamaratakan semua lelaki kat dunia ni, tapi memang tak dapat menipu hati sendiri. Selalu terbayang apa yang saya pilih tu AKAN SALAH dan menyebabkan saya menyesal dikemudian hari. Ya very bad, i know T_T

For now... saya memilih untuk tumpang bahagia melihat kawan-kawan yang sedang berbahagia. Tapi sampai bila? ermm... Mungkin sampai Allah kata INILAH MASANYA. Ameen,saya harap begitu!

Mungkin nampak tak matang disitu. err. garu kepala

Selagi mana diri ni masih bebas dari sebarang ikatan, saya memilih untuk turut bahagia dengan cara sendiri. Yang PALING PENTING sekali, saya mahu beriman dengan maratib amal. Mahu memantapkan fasa pertama yang maha penting sebelum Allah bagi signal supaya melompat ke tangga seterusnya yakni baitul muslim.

Tak mahu saya menzalimi sesiapa. Diri ini akan bersenang hati untuk melangkah ke tangga seterusnya hanya dan hanya dan hanya apabila sudah memenuhi penanda aras muasafat tarbiyah.

Tak perlu gopoh dalam urusan jodoh. sekian,

p/s: selak Al-Quran, cari surah al-Furqan ayat 74. Amalkan,semoga beroleh keredhaan Nya!




Wednesday, 30 January 2013

bujang?

 Tengok kawan ni dapat baby, kawan tu sedang preggy wahhh bahagianya. kami yang lambat lagi ni tumpang gembira. sonok la awak dapat main-main baby sendiri hehe ^^

kita merancang Allah juga merancang,sesugguhnya perancangan Allah itu lah yang terbaik. walau takdek baby sendiri tapi saya ada rayyan,ada mujahid kan. boleh buat main jugak 

#Kalian beruntung cara kalian, kami beruntung cara kami. Manfaatkan masa bujang untuk lebih laju-laju melangkah dlm medan dakwah, boleh jaulah dengan senang hati, ada banyak masa untuk diri, membaca+memasak tanpa henti-henti (okay ni hyperbola)

p/s: guna masa bujang ni untuk lagi laju dlm gerak kerja dakwah.semangat!! :)

Sunday, 27 January 2013

kondisi hati

Antara kaedah untuk kenalpasti keadaan hati sedang kotor dan jauh dari rahmat Allah ialah, apabila dibacakan Al-Quran, hal berkaitan Islam atau mendengar azan, orang iu akan rasa jemu, mengantuk, tak boleh beri perhatian dan tak ambil peduli 

TAPI..

bila dia mendengar bahan-bahan lalai dan hiburan, dia akan mendengar dgn penuh semangat . bila dibuai lagu dan nyanyian.. dia menjadi begitu seronok dan terhibur. juga, akan berasa sgt segar fizikalnya.

Semoga kita semua dijauhkan dari hati sebegitu.

istidraj


Pernah tak terdetik di hati.. "ada org tu tak solat, kaki maksiat, suka buat perkara yang Allah benci TAPI Allah bagi kesenangan pada hidup dia? Cukup makan pakai, dan semua tu (sila imagine kesenangan-kesenangan duniawi)

kenapa ya? kenapa Allah x balas segala perbuatan murka dia tu dengan azab siksa..erm?

sebenarnya...tu adalah "istidraj!!" istidraj tu adalah kesenangan yg Allah bagi pada mereka yang tak soleh dan tak bertaqwa pada Allah. Allah swt membalas maksiat yang dia lakukan dengan nikmat yang akan menyebabkan dia makin lalai dan leka untuk berzikir T__T

mereka anggap tu sebagai kesenangan, kemewahan .padahal ia adalah sebuah 'hukuman' bertujuan untuk menghancurkan orang yang bermaksiat tu sendiri.

ya, "istidraj" tu senang kata adalah HUKUMAN. hukuman yang diberi sedikit demi sedikit dan akhir sekali akan menghancurkan.

Allah kata dalam surah Al-Qalam ayat 44, " Nanti Kami akan menghukum mereka dengan (istidraj) beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui "

nauzubiilah, takut kan? itu lah.. mohon doa pada Allah supaya apa yang kita lakukan tu mendapat pentunjuk dari dia supaya kita tidak tersasar. Ameen!

Sunday, 6 January 2013

Hello! anda masih belum selamat.


Siapa lah sangat si TUDUNG LABUH yang merasakan diri dia tu mulia? Walaupun anda,anda dan anda bertudung labuh..jangan pernah rasa diri sendiri hebat maksum juga mulia. Dengan erti kata lain toksah riak dan ujub! Pasak dalam hati ketat-ketat. Amal ibadat yang kita kumpul nescaya takkan beerti apa-apa kalau niatnya bukan kerana Allah. sia-sia (sila bayang ada tepung dekat tangan,then tiup sekuat hati) ya, amalan baik anda akan hilang.hilang begitu saja sekiranya niat kita tidak tulus.



ada orang dihalang untung bertudung tapi tetap tegar.
Dah kita ni yang sentiasa dipujuk rayu untuk bertudung bila lagi
alasan apa lagi nak beri?



Dan, siapalah juga seorang perempuan yang sehingga kini TEGAR benar mendedahkan aurat. 

Adakah kamu merasa selamat? Tiada istilah "walau aku tak tutup aurat tapi hati aku baik" kerana hati yang bersih dan baik itu akan dipandu iman dan iman itu akan membuahkan hasil dimana kita patuh dan taat pada suruhan Allah. Yang berangan-angan akan syurga tapi tak mahu patuh, jgn fikir Allah malu pandang pada sifat baikmu kalau arahannya kamu tetap ingkar dan HAKNYA kamu ketepikan. Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu..

sekian.

tiup debu

Salam.! aduhhh berdebu nya blog nii. :p
maaf ya bukan sesaje hanan xnak update tapi asyik tak sempat aje. Duk kat U wifi mcm siput sedut. kat rumah ayik melayan cuz, dan adik adik je. Rindu nak menulis, banyak menda nk share dengan readers semua (cehh tu pun kalau ada yg sudi baca).

okay hari ni hanan masih kat rumah. Yep! final exam belum habis,ada gap 11 hari. LAMANYA?! a'ah kan..lama tu yang bahaya sebenrnya. buku pun x sentuh lagi ni. Dah tau dah, nanti lagi 3,4 hari nk exm mula la rasa menyesal apa semua tu. manusiaaaa T.T