Followers

Friday, 4 May 2012

memuji ikut cara Rasulullah

pisahkan orangnya dari perbuatannya. dengan erti kata lain. puji perbuatannya bukan puji orangnya

okay contoh!

memuji orangnya

1."awak ni baik hati laaa." (ni salah)
2. "awak ni pandai memasak." ( yang ni jugaaa salah)

contoh memuji perbuatannya

1. "awak banyak bantu kami" (ini betul)
2. "masakan awak sedap" (ini pun betul)

apa pun harus diingatkan berpada-pada lah dalam memuji. sbb pujian yg berlebihan akan menimbulkan fitnah dan membahayakan orang yang dipuji itu sendiri~ 

Tuesday, 1 May 2012

my one and only Adnin


Forever my one and only sister.
semoga adnin membesar sebagai pejuang yang benar-benar mengukuhkan Agama Allah.

jgn ikut sgt kakak yg loqlaq ni -.-"



i love you adik<3

iman tinggal cuma seciput


Sakit bila kita tak boleh nak kawal perasaan, sakit bila tak boleh nak sujud dengan sempurna, sakit bila iman dirasa semakin hari semakin berkurang, sakit  bila minda diserang dengan something 'unwanted',sakit  bila hati diserang, tapi iman tak cukup kuat untuk menjadi benteng...


Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billah, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit, yang paling ringan adalah kebimbangan”. (HR Tabrani) 



Jadii, ini salah siapa?
Salah diri ini sendiri!! Kenapa kau menzalimi dirimu sendiri wahai hamba?!!
Kerana diri ini lemah…! *sigh*


Friday, 27 April 2012

hebatnya Dia vs lemahnya kita.




Allah ciptakan langit tanpa tiang sbb nk tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan bulan dan bintang tanpa tali sbb nk tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan siang dan malam sbb nk tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan syurga dan neraka sbb nk tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan sungai dan laut sbb nk tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan matahari dan planet, hebatnya Allah pelihara kejadianNya..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan lelaki dan perempuan sbb nk tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan manusia sbb nk tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan malaikat sbb nk tunjukkan kekeuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..



..............................



and, awak sedar tak,manusia hari ni cipta sesuatu perkara sbb nk tunjuk kelemahan sendiri..Sebagai contoh :


Manusia ciptakan selipar dan kasut sbb manusia ni tk boleh berjln dgn kaki ayam..LEMAHNYA..
Manusia ciptakan kereta sbb manusia ni tk boleh berjln jauh..LEMAHNYA..
Manusia cipta rumah sbb manusia ni tk boleh hidup dlm pelbagai keadaan cuaca..LEMAHNYA..
Manusia cipta telefon sbb manusia ni tk mampu utk ckp apabila jarak terlalu jauh..LEMAHNYA..
Manusia cipta pembesar suara sbb manusia tk mampu nk ckp kuat2..LEMAHNYA..
Manusia cipta bom tp tk boleh nk lindungi diri dari bom tersebut..LEMAHNYA..
Manusia ciptakan binocular sbb manusia ni tk mampu nk lihat jauh2..LEMAHNYA..
Manusia cipta tangki oksigen sbb manusia ni tk boleh menyelam lama2..LEMAHNYA..
Manusia cipta kapal terbang sbb manusia ni tk boleh terbang..LEMAHNYA..


Tuesday, 10 April 2012

kebanggaan kami ^^



kejayaanmu adikku,
telah menitiskan air mata seorang ibu,
gembiranya ayahbonda kita
tatkala engkau mempamerkan kejayaan mu,
engkau gembira,
kami gembira.


adikku,
usah mudah terpesona dgn fatamorgana
kelak dikau kan binasa
pandanglah dunia ini dgn mata hati
agar kau bisa melihat apa yang tersembunyi


tahukah engkau wahai adikku,
ranjau di hadapan lebih sukar
taburkanlah sekelumit pengorbanan
agar kau tabah menghadapinya
semoga kejayaan hakiki di dunia dan akhirat menjadi milikmu











p/s: Adikku, kalau kau membaca ini, ketahuilah bahawa kakakmu ini, tak pernah lupa namamu di dalam setiap tadahan doanya . Terima kasih kerana telah membuat kami bahagia dengan kehadiranmu di dlm keluarga:')

Sunday, 4 March 2012

Aku mohon pada Tuhan




aku mohon pada Tuhan, agar dijaga hati ini.
kikiskanlah perasaan yang tidak sepatutnya wujud dalam hati seorang hamba T__T
aku mohon pada Tuhan, agar dijaga akhlak diri ini.
jauhkanlah aku dari sifat-sifat mazmumah T__T
aku mohon pada Tuhan, agar dijaga mata ini.
ajarkanlah mata ini erti “ghadul bashar”. jangan biarkan ia memandang perkara yang haram T__T
aku mohon pada Tuhan, agar dijaga perkataan yang dilafaz.
jangan jadikan lidahku punca aku ditarik ke neraka. kurniakanlah nusrahMu agar setiap denyut nadiku 

menjadi zikir kepadaMu T__T
aku mohon pada Tuhan, peliharalah tangan dan kaki ini.
jangan pernah Kau biarkan aku tersasar T__T
aku mohon pada Tuhan..
kurniakanlah kekuatan untuk aku terus thabat di jalanNya. amin.

sering lupa.



Kenapa masih buat sedangkan tahu benda tu SALAH ??? Lumrah manusia, sentiasa LUPA, sentiasa 
LALAI, sentiasa LAGHA, sentiasa perlukan seseorang untuk sentiasa mengingatkan. Dan aku 
perlukanMu Ya Allah.
Tolong ingatkan kami waktu lupa, waktu lalai, waktu tergelincir even seinci daripadaMu. Ingatkan 
kami even dalam waktu senang kami..