Followers

Monday, 26 August 2013

Belum wujud kat dunia, dah dapat hadiah!

Salam alaik.

ok seriyes ini akan jadi betul-betul entry marathon. Takdan aih nak update panjang bejela walaupun niat dihati macam-macam nak share kat sini.

apakan daya .......!

okay senanya malam ni, lepas maghrib tadi abah ajak teman dia pergi Etiqa untuk bagi talk sikit (act lebih kepada motivasi centu la). Antara yang tadi tu, faez dengan firdaus. Kawan sekolah menengah dulu.


Memang enjoy dengar talk abah , dengan hanan sekali rasa termotivasi. Eheh! Pukul 11.15 macam tu abah dah siap bagi salam dan sadaqallahul'adzim.

Bila turun bawah time dah nak balik, faez ckp "kejap eh hanan...faiz nak amik barang.." Abah dengan hanan pun tunggu la kat kereta jap. Datang tu nampak faez bawak hadiah dan dia hulurkan "nah hanan..hadiah kawen. faez tak leh attend wedding hanan...."

okay waktu tu hanan mcm 'freezing' kejap.

Amik hadiah yang faez hulur sambil tunjuk kat abah, cakap thanks terus hanan masuk kereta, tutup pintu dan gerak balik dulu. Sebenarnya masa tu hanan rasa mcm empangan nak pecah. Haaaa...dah kenapa hanan oi??

itulah, TAK TAHU. seriyes tak tahu kenapa jadi mcm tu.

Rasa sebak, sedih, dan rasa mcm kena jauh dari kawan. Haiiila hanan, semenjak dua ni sensitive betul jadinya. Hal yang patut happy boleh dibuat menangis, hal yang orang lain gelak hanan boleh terasa tak tentu pasal. tapi memang betul tak faham kenapa.

Actually faez dengan firdaus ada pesan, hadiah ni bukak 31 ogos nanti. Tapi sorry lah kawan, hanan jenis yang tak menyempat. Berhenti kat traffic light, dengan ayaq mata yang dah basah kat pipi, pelan-pelan bukak balut hadiah tu.

tengok-tengok... TARAA!!




Faez kasi hadiah baby! Amboi amboi laju kedepan nampak faez ni...Entah bila hanan boleh manfaatkan hadiah ni ya, doakan lahhh. Untung baby, belum wujud kat dunia dah dapat hadiah baju. hihi

By the way, jazakallah kheir faez hakimi ! takpelah tak dapat hadir majlis pun asal doa mengiringi. Nanti dah ada baby, hanan pakaikan dia baju faez kasi ni inshaallah ^^

Makin dekat nak kawen, makin menjadi-jadi mixed feelings ni!“Allahumma, ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik wa ‘ala thoatik” -doa ketetapan hati







Wednesday, 21 August 2013

Tiup habuk

Tak tahu kenapa harini rasa bersemangat pulak jari nak ber'dansa' atas keyboard dan coretkan sesuatu dalam blog setelah sekian lama di tinggalkan tanpa sebarang update. Inshaallah, moga-moga masih diberi kekuatan untuk kembali ke alam blogger yang menuntut seribu satu istiqamah dan kesabaran.

pejam celik, berbaki lagi 10 hari untuk hanan melangkah ke tangga seterusnya yakni baitul muslim.

Perasaan?

Entah nak kata...sekejap excited, sekejap takut, sekejap risau dan akhir-akhir ni lagi entah hape-hape je perasaan. Kadang-kadang rasa nak termuntah tengok  gambar orang kawen kat facebook (sbb diri ni mmg jenis  nak muntah kalau dh berdebar sgt). *terasa mengada kat situ*


okeh!

Minggu ni agak disibukkan dengan aktiviti nak distribute card pada kenalan, saudara mara, jiran tetangga, dan cikgu+lecturer. Bangun pepagi biasanya dah set dlm kepala "apa aku perlu buat harini". kalau tak  buat cantu memang tak tak berhabisan la kerja yang berlambak. Aktiviti sebelah malam pulak berkumpul dengan aunty dan cousin-cousin untuk settlekan goodies. hehe.

Banyak rupanya urusan untuk menikah. Bermula daripada borang permohonan nikah saaaaaampai lah urusan barang hantaran dan goodies apa semua tu. Agak mencabar dan menuntut masa serta kesabaran. Tapi Alhamdulillah beruntung juga keluarga kami tetapkan tarikh perkahwinan sewaktu hanan masih dalam mood cuti sem. Jadi lega sikit untuk buat preparation sebab tak terikat dengan kelas ke apa. kalo tidak.... erm.

Ada yang tanya "kenapa cepat sangat hanan nak menikah nii..." etc.
Dan selalunya, hanan cuma jawab dengan senyuman canggini :)

Ya Allah..

Kalian, Senanya.... semua ni diluar perancangan hanan secara konkrit. Hanan hanya bercita-cita nak tamatkan zaman bujang dalam waktu masih belajar tapi tak pula tetapkan bila dan dengan siapa. Alhamdulillah Allah dah tetapkan macam ni dan hanan hanya melalui ketetapan Allah buat hanan. Kami kenal tak lama pun... Hanya 2 bulan urusan perkahwinan nak dilaksanakah. 25 mei dirisik. 8 june bertunang dan inshaallah diijabkabulkan 31 ogos nanti. Itulah, bila Allah dah buka jalan...semuanya sepantas kilat. kekadang rasa mcm tak percaya jugak selaju ini. o__0"


Meniti 10 hari terakhir dalam kesibukan buat preparation apa bagai, Alhamdulillah mendapat sokongan dan nasihat yang tak putus dari akhawat(s) terchenta dan mereka mengingatkan hanan untuk 'jaga rapi' mutabaah amal. Terharu betul, yelah.... hakikat kita manusia yang mudah lupa. sentiasa perlu ada yang mengingatkan dan mendorong. Ukhti nusaibah banyak ingatkan hanan supaya jaga amal ibadah, lazimi solat-solat sunat dan perbanyakkan zikir kepada Allah. Mudah-mudahan urusan ni berjalan dengan lancar katanya. Jazakillah ukht!


Selain tu, hanan curi-curi masa untuk baca buku yang disyorkan oleh akhawat dan kakak ipar. Buku penjernihan hati dan persediaan menghadapi Alam perkahwinan. Tu sebagai bekal secara teori yang praktikalnya tunggu nanti. Terkadang, bila duduk sendiri selalu la jugak kepala ni merewang dan terfikir  "Bersedia dah ke aku nak pikul tanggungjawab sebagai isteri ni? Layak ke aku untuk jadi sayap kanan si suami dalam sama-sama menggerakkan dakwah nanti? Bersediakah aku nak lahirkan mujahid mujahidah di jalan dakwah ni? ..."

uhuk.uhuk.

Bila memikirkan persoalan macam ni, cecepat istighfar padaNya moga-moga impianku dipandu oleh syariatnyadan dijauhkan dari hasutan syaitan laknatullah! Ameen!

Apa pun, hanan dengan kerendahan hati memohon doa daripada sahabat pembaca semoga baitul muslim yang bakal dibina mendapat keredhaan dan keberkatan Allah swt. Mudah-mudahan penyatuan ini jugak memberikan kekuatan untuk Islam inshaallah.

oh ya!

Jangan lupa ambil peluang selepas solat untuk doakan mesir, doakan saudara-saudara kita kat sana. Mohon supaya Allah selamatkan bumi Mesir dan ringankan penderitaan mereka kerana sesungguhnya DOA MERUPAKAN SENJATA MUKMIN.










Tuesday, 9 April 2013

TIPS bagi yang bertudung.



Cuba berhenti berjalan dan pandang sekeliling. 

Daripada 10 orang muslimah yang lalu-lalang di sekeliling, agak-agak berapa orang  yang menutup aurat dengan sempurna...?


Alhamdulillah laa kan sekarang  boleh tengok ramai yang dah mula sedar tentang kepentingan bertudung. Sampai dekat internet pon berlambak-lambak page orang jual tudung. Gaya belit ada..sarung saja pun ada.. Macam-macam dah sekarang ni. 

Bagus, itu bagus. 

Kuantiti orang yang bertudung memang meningkat TAPI, kualiti bertudung tu merudum. Ada yang berhijab terlampau mengikut fashion sampaikan etika menutup aurat itu sendiri dah tak terjaga.

saya nak share 3 perkara yang wanita Islam kena awasi ketika mengenakan tudung.

ok yang PERTAMA,


RAMBUT YANG TERKELUAR

Selalu mereka yang bertudung, terutama yang berambut panjang tu..rambut anda mungkin akan terkeluar sikit samaada kat bahagian dahi, telinga atau kat belakang kalau tak diurus dengan betul.

So, penyelesaiannya, ikat lah rambut anda dengan tak terlalu ketat dan tak terlalu longgar. Dan jangan pulak sesaje nak ikat rambut secara tinggi (sanggul) sebab nanti bila bertudung akan nampak macam bonggol dan ia dilarang sama sekali dalam Islam. Lepas dah ikat rambut dengan kemas, jangan lupa pakai telekung. Ni sangat penting untuk pastikan tak ada rambuk yang terkeluar dan berserabai.

next, 

BERTUDUNG TAPI PAKAI LEGGING/SELUAR KETAT/BAJU KETAT

Bila bertudung, pakaian jugak harus dijaga. Secara jujurnya, orang yang mengenakan tudung tapi pakai legging/ baju dan seluar ketat kelihatan seolah-olah mempersendakan 'tudung' tu sendiri. Saya rasa kalian dah sedia maklum kot yang pemakaian legging dihadapan khalayak tu hukumnya HARAM. Terlalu ketat dan err saya rasa kurang senonoh.

Pakai lah kain/ atau skirt labuh. Dan kalau teringin nak pakai seluar boleh.. Takde masalah cuma, pastikan kita memilih seluar labuh dan tak ketat dan tak jarang.


Last,

TUDUNG YANG SINGKAT DAN TAK MENUTUP DADA

Tudung singkat dan tak menutup dada ni sangat banyak dalam pasaran sekarang kan...? Ramai yang tak ambil kisah perkara ni. Mereka pakai tudung tapi masih boleh lihat dengan jelas bentuk tubuh dan lehernya tu.

Pilih lah tudung yang bersesuaian dengan saiz badan anda, kalau boleh cari tudung yang panjang untuk menutup bahagian dada. Juga, pastikan tak ada belahan di bahagian leher yg boleh menampakkan kulit leher ketika bertudung. 

tips untuk yang bertudung segi 4, kalau kita dah selempang tudung..jangan lupa bubuh pin kat leher, pin dari dalam. Nanti kalau kena tiup angin pun xkan terbukak inshaallah.

Mungkin awal-awal anda rasa tak selesa dengan tudung yang labuh sikit dari kebiasaan, tapi nanti lama kelamaan inshaallah akan rasa TERLEBIH SELESA PULAK. 

Trust me!

kita orang Islam, berpakaianlah seperti seorang Islam.

cuma sikit saya nak share,

Perasaan saat kali pertama menutup aurat dengan sempurna memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Anda yang sudah mengalaminya pasti dapat memahami apa yang saya maksudkan kat sini. Cuma yang boleh saya katakan ialah ketenangan! 

Firman Allah dalam surah an-nur,

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [an-nur ayat 31]


Semoga bermanfaat!



Monday, 8 April 2013

Islam akan tetap menang, Dakwah tetap akan berjalan.




Ada ke..takda ke kita kat jalan dakwah ni, Islam tetap juga akan menang dan dakwah akan tetap berjalan walaupun kita tak ikut serta.


The choice is in our hand..Allah dah beri kita pilihan, macam Firman Nya dalam surah Al-syams 7-10

"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung bagi siapa yang menyucikan jiwa itu dan sungguh rugilah orang yqng mengotorinya.."

Saya kira dah cukup JELAS disitu.

Tinggal cuma kita yang nak pilih untuk menjadi golongan yang berusaha menegakkan agama Islam, atau menjadi golongan yang hanya memandang mereka berusaha.

Eh ewah. Apa anda kira cukupkah sekadar memandang, lepak-lepak hisap rokok silang kaki,  dan HANYA MENANTI saatnya islam akan tertegak..?! Hamboii......

Kalau Allah nak menangkan agama ni, sekelip mata sepantas kilat boleh je Dia boleh buat. Tapi Allah nak tengok effort kita, Allah nak tengok adakah kita benar-benar cinta pada Agama ini dan adakah kita meletakkan usaha untuk menegakkan Islam itu sendiri.

Islam memerlukan kita! Kita yang izzah dengan deen ini, kita yang sayangkan perjuangan Rasulullah, kita yang beriman dengan Allah yang Maha Esa.

Buatlah pilihan. Mahu tergolong dalam golongan mana? Ingin menjadi perindu syurgakah kita atau sebaliknya..?

Tak sudikah duhai diri menjadi orang yang dipandang Allah diakhirat kelak? Tak sudikah kita berada di barisan yang sama dengan Rasulullah, yang berusaha menyampaikan islam sehingga kita mengecap manisnya islam pada hari ini? Tak sudikah kita memperjuangkan apa yang telah diperjuangkan oleh Rasulullah dan para sahabat terdahulu?

Berjalanlah pada jalan yang sama..

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain." [Yusuf 12:108]

Janganlah pula sesekali kita menjadi golongan yang menentang agama ini! Nauzubillah minzaalik, moga Allah terus melimpahkan kedalam hati kita cinta pada agama ini.. cinta pada cahaya Allah.


Buatlah pilihan hari ini.. dan berjalanlah di jalan yang sama.. moga Allah pandu hati-hati kita menujuNYA, inshaallah...!



p/s: Kalau tak mampu jadi batu bata istana khilafah islamiyyah, jadilah debu debu yang menempel. lebih baik dari sekadar menonton! 

Sunday, 7 April 2013

ohoi..! osem nya mentarbiyyah dan ditarbiyyah!

[Monolog]

"Best rupanya bawak usrah ni eh.."

Iya! memang best pun.

Apa lagi kalau dah timbul rasa cinta dan rindu pada adik-adik usrah. Nakalnya mereka tu sentiasa mengubat hati dan susahnya nak bina mereka buat aku lebih dekat dengan rabbi illahi.

Aku sedar sebenarnya Allah kirimkan mereka sebagai tarbiyyah besar buat diri sendiri. Dalam menyampaikan amanat Allah kadang-kadang buat aku rasa seperti macam bercakap seorang diri depan cermin



Sesuai dengan Firman Nya,

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?”  [ As-Soff, 61:2]

Ya, terkadang dalam usaha menyampaikan rasa seperti sedang menumbuk, menampak dan menerajang diri sendiri.

Alhamdulillah, aku tahu itulah tarbiyyah dari Allah 'melalui' mereka. Masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki.

p/s: Ini betul saya sedang merindui MEREKA. Semoga mutarabbi ku juga sedang merasai 'rasa' yang sama!






Friday, 5 April 2013

Filter dalam Dakwah dan Tarbiyyah

Saya perasan selalunya sebelum memulakan sesuatu majlis ilmu, MC mesti ajak para hadirin utk bersyukur kepada Allah, betapa bertuahnya setiap dari kita(hadirin) sebab dah  terpilih untuk hadir pada majlis tu. Bersyukur sebab kita tak tergolong dalam golongan yg ditapis oleh Allah daripada menghadiri majlis yg dinaungi oleh para malaikat.

Sampai satu hati tu saya terdetik untuk tanya kakak naqibah..
[flashback]

"akak, orang-orang yang gi majlis ilmu..usrah semua ni Allah yang pilih ke..and, memang akan ada ke orang yang tertapis-tapis tu?


naqibah sengih buat muka comel.

"iyaa hanan, s
esuatu benda itu ditapis utk kita asingkan antara dua atau lebih komponen yg berada di dalamnya. Sama lah jugak macam kita. Tapisan dalam DnT sentiasa akan ada. Disepanjang jalan ni akan ada ujian dan fitnah yang akan menyebabkan kita tertapis atau keciciran... "

oohh...

"So hanan kena lah banyak berdoa, 
baiki niat dari semasa ke semasa semoga kita terus tsabat dijalan ni"

ok dah habis flashback,

kurang lebih macam tu lah perbualan saya dengan kakak naqibah.


"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung"


dalam ayat ini Allah nyatakan 'segolongan' (bukan keseluruhan) di antara kita hanya ada sebahagian yang akan terpilih untuk melalui tugas mulia ni.


haa, itu tapisan pertama yang memilih kita untuk menjadi geng/peserta tarbiyyah

Ehh! tak payah lah kot nak overeksaited sgt! lek...lek..tu permulaan cuma.


Tapisan tak terhenti kat situ je tahu..? Allah akan sentiasa buat tapisan demi tapisan. Semakin lama kat atas jalan ni semakin banyak tapisan akan dibuat. Kenapa? kerana Allah nak yang terbaik untuk angkat kembali martabat Islam. Allah taknak ia dicemari dengan tangan para munafik, si futur dan pengecut. 


hehh Y_Y


sesuai dengan firman Allah yang berbunyi 


"supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dari yang baik dan menjadikan (golongan) yang buruk itu sebagiannya di atas sebagian yang lain, lalu kesemuanya ditumpukkan-Nya, dan dimasukkan-Nya ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang merugi[8:37]

                                                                                                                                                              
Tak semestinya mereka yang haibatt di pentas dakwah akan terus kekal haibatt sampai bebila. Mungkin zaman belajar kat uni, kita boleh lagi survive dengan dakwah,Istiqamah dengan usrah, daurah, program semua tu. Tapi nanti masuk pulak alam pekerjaan,Berkahwin, dapaat anak... Haa time tu bebanan dah bertambah..

Bertumbuk, tendang terajang dengan kerja di opis, tanggungjawab di rumah, jaga anak etc Maka akan ada para daie yang keciciran dan tak mampu harungi tapisan tersebut dan akhirnya say "goodbye to DnT" Nauzubillah! So, rajin-rajinkan diri kita Mohon doa pada Allah supaya kita tidak termasuk golongan yang tertapis sebab dalam Quran ada yang disebut 


setelahnya ialah golongan yang masih kekal,yang berjaya melepasi tapisan. seolah-olah Allah tidak memandang golongan yang tertapis. 


"Maka tatkala Thalut keluar membawa tentaranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentaranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." [2:249]


Ibrah kisah talut dan Jalut.




Selepas wafatnya Nabi Musa, Bani Israel telah diusir dari kampung halaman mereka dan dipisahkan dari anak-anak mereka. Mereka berkata kpd Nabi mereka,
“Angkatlah seorang raja utk kami, nescaya kami berperang di jalan-Nya”.
Apabila diangkat Talut untuk menjadi raja mereka, ada sebahagian yang ingkar kerana merasakan Talut itu tidak layak menjadi pemimpin mereka.
Kemudian, sebahagian yang masih tinggal bersama Talut itu, kemudian diuji sekali lagi oleh Allah dengan sebatang sungai. Hanya sebahagian kecil yang tinggal dan terus mara bersama Talut.
Ujian Allah bukan setakat itu. Apabila mereka berdepan dgn tentera musuh yang besar, sekali lagi iman mereka teruji. Allah menguji mereka utk melihat di manakah merka meletakkan kebergantungan mereka di dalam urusan mereka. Di bawah kekuasaan Allah Maha Pencipta atau kuat atau lemahnya pihak lawan. Dan kali ini, hanya sebahagian dari mereka sahaja yang melepasi proses tapisan Allah itu.
Dan akhirnya mereka berolehi kemenangan yang besar di sisi Allah.

Pengajaran dalam kisah ni, Allah dah tetapkan bahawa tentera Talut itu pasti menang , Dawud bakal membunuh Jalut dan dinaikkan sebagai pemimpin. Tapi Allah tetap sediakan halangan-halangan buat Bani Israel. Halangan tu memang sengaja dicipta tapi “bukan saja-saja”....tapi untuk lihat siapa yang betul seriyes dan ikhlas dalam perjuangan.

Centu jugak lah dengan kehidupan kita ini. Setiap kebaikan yang berlaku itu adalah kerana Allah izinkan kita utk merasainya.


"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? " [29:2]

So,Bersyukurlah saat kita masih diberi peluang oleh-Nya utk merasai kebaikan. Bukan manusia yang memilih kita untuk memilikinya tetapi Allah Yang Maha Agung, Maha Kuasa.

 Moga terus tsabat!

Monday, 1 April 2013

Aku nak usrah gak! tapi....


Ada yang pm saya di facebook, bertanya di twitter, dan tak kurang juga berani bertanya secara berhadapan (Baca: Face to face)

Hanan...'usrah tu best ke'

'selalu dalam usrah orang buat apa je?'

'kalau saya yang tak pakai tudung labuh, boleh dak nak join usrah?'

Allahuakhbar.

Dedulu saya pun macam anda gak. Takut kemain nak pergi usrah sebab risau mereka (ahli usrah) yang lain tak boleh menerima saya yang ketika tu berpakaian 'jahiliyyah'..yang mengaji lambat-lambat..tersekat-sekat..tergagap-gagap..(kalah muallaf rasanya)

HAHAHA. ok nanges.

DULU sebelum terlibat dengan usrah apa bagai ni, saya fikir usrah macam 
mengaji ...lepastu ceramah agama...lps tu makan sesama...etc

tapi bila dah sendiri mengikutinye, seriyes ia amat berbeza dengan apa yang saya fikir sebelum nie.

slot pertama memang dimulai dengan tilawah ( baca Al-Quran ). Baca gilir2, contohnya sorang setengah muka or maybe beberapa ayat je sorang. Yang lain semak bacaan, yang salah tu diorg akan betulkan. Memula segan tu toksah kata la. Suara terkepit sampai semua duk pakat tadah telinga dekat gengan mulut saya. Hahaha 

Tapi bila dah 3,4 kali usrah..Rasa segan tu dah tukat jadi excited. Saya dah boleh baca quran dgn suara yang jelas dengan harapan orang lain mudah untuk betulkan kesilapan dalam bacaan tu so xdek la macam semua nak kena hendap telinga kat depan mulut saya lagi dah :D

Untuk yang tak boleh solat pulak, mereka akan membaca tafsir untuk bacaan tadi.. So takdelah macam org yang membuta tuli baca Al-Quran, tapi tak tahu apa isinya kan..

Lepas tu, Kakak naqibah akan tanya..."Ok..ada xmana-mana ayat yg kita rasa mcm terkesan dihati" So time tu berebut-rebut la nk share apa yang kita rasa/kita faham/and apa yang kita boleh relate ayat tu dengan kehidupan kita sekarang. Lepas semua dah share ayat yang terkesan kat diri memasing, naqibah akan ambil alih untuk ulaskan ayat tersebut berpandukan kitab. Selalu kami guna Fizilalil Quran

Okay bila dah habes sesi tadabbur, akan bincang pulak isu semasa. Akan ada ahli yang ditugaskan untuk bentangkan isu yang terjadi sekarang samada di dalam dan luar negara sebagai iktibar..jadi untuk org mcm saya yang jarang tengok berita, memang ini adalah suatu task sebelum usrah. esok usrah, malam ni baru sibuk2 baca itu ini. *Haruuu*

Lepas habis isu semasa.. sesi bercerita tentang tokoh pulak (pilih mana2 tokoh,sahabat nabi atau yang seangkatan dengganya). Task ni pun akan diberikan oleh salah seorang dari ahli usrah. masing2 ada 'turn'. Semua akan kena bagi cerita, tak terkecuali sorang pon. Kalau tak minggu ni, minggu depan. Tak minggu depan, bulan depan..so tak payah nak lari-lari. Buat penat je hehe

jadi masa ni lah, akan kedengaran macam2 nama yang tak pernah kita dengar..Syaima, Khawlah, Juwairiyah,Arwa dan mcm-mcm lagi..masa dengar nama-nama tu semua terasa diri mcm jakun yang amat! walawehhh, tak sangka ada nama-nama mcm ni..yang biasa dengar Aisyah,Fatimah,Khadijah semua tu je kan.


Habis sesi tu, sesi kak naqibah pulak bagi tazkirah. Selalunya, topik yang disentuh amat dekat dengan keperluan hati adik-adik nye. Kebanyakan topik yang ditazkirahkan tu membuatkan kami ni tertunduk, tersentap, tertembak, termalu,tersipu dannnn menusuk di kalbu. Tetiba jadi segan miow miow sebab orang yang memberikan tazkirah itu dari hati yang bersih, maka impaknya memang zuppp! menerjah ke jiwa. Adeh! ;D

last sekali.. sesi 'CURHAT'..masa nilah macam2 kemusykilan atau luahan perasaan berlaku. Nak tanya itu ini, dan share masalah pon boleh! Wahhh, terasa kak naqibah macam seorang ibu yg super loving sedang memberikan nasihat pd anak-anak nya.

Noneng noneng..habis dah curhat semua skali, Akan ada bacaan doa rabitah, Doa ni untuk mengikat hati-hati kami supaya kekal kasih mengasihi,sayang menyayangi. awwww sweet kan geng-geng usrah ni. Lepas doa rabitah, baca pulak tasbih kaffarah dan surah al-asr.

Kami pun bersalaman. mohon maaf,cium pipi kiri, cium pipi kanan, hugging hugging tu semua. Dah, masa ni semua dengan jiwa yang segar bugar belaka dengan aura positif. Balik tu akan membuak-buak rasa nak buat amal kebaikan, nak kejar pahala. Haaa, tu lah kesan jiwa yang tengah fresh :)


Tapi masuk hari ke 5 dan ke-6, sifat malas tu dah datang balik..biasalah...keje syaitan mmg x pernah putus asa...solat pun mula lambat2 sikit. suka bercakap yang bukan2 atau leka atau yang tiada faedah, baca Al-Quran pun malas... kemudian, hari ke-7, usrah kembali...makanye, jiwa yang segar bugar itu kembali..begitulah kitarannya..itulah pentingnya usrah berkala setiap minggu, supaya ada yang sentiasa mengingatkan kita yang alpa dan leka.. sebab dunia ini sentiasa menggelapkan kita dengan sisi-sisi keseronokannya...

Aikkk sebenarnya tadi niat asal nak cerita hal usrah, konsep usrah tp last-last panjang lebar pulak jadinya saya merepek. Okay lah apa pun semoga entry merepek kerepek ni boleh dimanfaatkan!

p/s: JOIN LAH USRAH BAGI SIAPA YANG BELUM. NIKMATNYA ANDA AKAN RASA BILA DAH ALAMI SENDIRI NANTI. 

sekian.

Sunday, 31 March 2013

Sayonara Jahiliyyah

Harini terbaca satu hadis yang membawa maksud:
"Sesiapa yang mati tetapi tak pernah berjihad dan tak pernah berniat untuk berjihad, dia mati dengan kematian jahiliyyah" – Hadith Sahih

hmm,


Menyirap darah bila baca hadith tu. Kalau la ditakdirkan Allah SWT saya dimatikan waktu tu dan pada waktu tu jugak belum ada niat nak berjihad, Maka sah-sah dah saya akan tergolong dalam golongan yang rugi dan kembali pada Dia dengan kematian yg jahiliyyah kan T__T

Kalau boleh, perkataan jahiliyyah ni nak je saya buang jauh-jauh. Cukup lah sisi hidup jahiliyyah yang dahulu menghantui. Dah banyak airmata palsu yang menitis kerana hal-hal yang tak sepatutnya. Kalau lah tangan, kaki, mata, atau semua anggota badan boleh berbicara..mesti mereka mengutuk-ngutuk saya kerana dahulu saya menggunakan mereka untuk hal yang dibenci Allah!

Bila kenangkan hal tu, Sekarang saya rasa bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Dia dalam keadaan sedar dan faham untuk apa saya berada disini.


nak share 1 firman Allah yang berbunyi

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka miliki hati, tetapi tidak dipergunakannya utk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka miliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka punyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."
                                                                                                                         
                                                                                                      [surah Al-A'raf: 179]


Ya, sebelum ni kurang sekali saya gunakan hati untuk memahami ayat-ayat Allah. Hati ini lebih banyak digunakan untuk melayani 'rasa' yang tak perlu, drama yang merapu-rapu dan kadangkala sampai menitiskan airmata (konon sebab terlalu menjiwai watak)

muntah warna warni.



Baik abah, abang long.. semua dah nasihat. Tapi masa tu apa saya rasa?

 "kolot sugguh abah ngn abang aku ni. orang nak layan drama pon x boleh ke, xkan nk baca buku..baca quran sokmo" Perghh. Berdesing

 Enuff...Saya tak nak tegolong dalam golongan yang Allah taala cakapkan seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi. Saya nak keluar dengan sepenuhnya dari kepompong jahiliyyah yang menyesakkan itu.

Ya Allah, kau tetapkanlah hati ini agar terus tsabat mencari Redhamu




Wednesday, 6 March 2013

hakcipta Allah

[commey nyerr!]

Tak ada satu orang pun yg masa dalam perut ibu tu, dia boleh pilih nak pakai kulit warna apa.. Nak mewarisi tubuh yang macam mana.. Nak bentuk muka apa.

semua tu hakcipta terpelihara Allah SWT. 

Dah kalau faham macam tu, entah kenapa ada yang sanggup "mempersenda" karya agung Yang Maha Sempurna. Sedangkan di sebalik rupa dan warna itu hanya lah tulang putih yang sama belaka.

Allahuakhbar!

kenapa kenapa

Kenapa saya buat ni. 

entah.

Tadi habis kelas 9am, Balik bilik..daftar kursus dan settlekan sikit perkara kemudian ini yang jadi.

Minat baru? emm mungkin!



Baju muslimah paddlepop >_<




 Tapi lepas siap dan tengok hasil, rasa PUAS! :)


P/S: guna logam yang ada untuk ISLAM, inshaallah



Tuesday, 12 February 2013

Nikah kawin sana-sini


Musim ni kalau bukak fesbuk, blog, twitter, dan seangkatan mesti akan nampak banyak gambar dan segala jenis update pasal kawin, nikah dan semua tu kan? 

Pastu kita yang masih membujang ni mula rasa dijentik-jentik je hati tu. Seronok dan tumpang bahagia lihat sahabat dan saudara kita yang dah melangkah ke alam baru,Alhamdulillah.

Ekceli update kali ni bertujuan untuk berkongsi rasa bahagia dengan anda. Mau tak nya, kawan saya yang duk ronggeng sana-sini dah nak jadik bini orang dah!!!.

Jemputan yang pertama, majlis pertunangan kawan sama-sama english class lepas spm dulu. Seterusnya sampai satu lagi invitation card dari senior sekolah, dan yang paling menerujakan.. seorang sahabat saya ni buat suprise time birthday. Cik wani, eh eh Puan wani. Dia pm di facebook wish birthday dan sekaligus ajak gi kenduri dia. What? kenduri? haa?? wani ke? ehh wani dah nk kawin? eh eh betul ke ni? okay keterujaan melampau disitu.
Alhamdulillah sampai waktu entry ni ditulis,saya dah memenuhi ketiga-tiga undangan tersebut. Happy, seriyes happy. Teka teki mereka dah terjawab,dah jumpa pasangan halal masing-masing :)

Cuma yang tak menahan, biasa lah dah masuk usia sweet 20+ ni ada saja yang suka mengusik. Huuuu, tapi takpalah saya tak take it serious pun. Mereka yang bertanyal 'turn' saya selalu nya akan berbalas senyuman ataupun "kasi can orang lain dulu.."
Ohoiii! Tipulah sapa tak nak kawen? sunnah nabi tu *senyum*

Tapi setelah mendengar beberapa siri yang 'horror' dalam berkaitan hal ini, saya perasan diri sendiri ada beberapa perubahan yang (entah la baik atau tidak sebenarnya). Saya lumpuh untuk mempercayai lelaki kecuali abah dan adik beradik lelaki.

Mungkin selalu sangat baca/dengar sharing dari mereka yang berpengalaman. Seriyes! mendengar cerita mereka tentang bahagia dan bagai menimpa rumahtangga buat saya rasa takut kerana kebanyakan cerita yang saya baca dan dengar sangat banyak dugaannya.

Astaghfirullah, saya tahu sangat tidak adik untuk menyamaratakan semua lelaki kat dunia ni, tapi memang tak dapat menipu hati sendiri. Selalu terbayang apa yang saya pilih tu AKAN SALAH dan menyebabkan saya menyesal dikemudian hari. Ya very bad, i know T_T

For now... saya memilih untuk tumpang bahagia melihat kawan-kawan yang sedang berbahagia. Tapi sampai bila? ermm... Mungkin sampai Allah kata INILAH MASANYA. Ameen,saya harap begitu!

Mungkin nampak tak matang disitu. err. garu kepala

Selagi mana diri ni masih bebas dari sebarang ikatan, saya memilih untuk turut bahagia dengan cara sendiri. Yang PALING PENTING sekali, saya mahu beriman dengan maratib amal. Mahu memantapkan fasa pertama yang maha penting sebelum Allah bagi signal supaya melompat ke tangga seterusnya yakni baitul muslim.

Tak mahu saya menzalimi sesiapa. Diri ini akan bersenang hati untuk melangkah ke tangga seterusnya hanya dan hanya dan hanya apabila sudah memenuhi penanda aras muasafat tarbiyah.

Tak perlu gopoh dalam urusan jodoh. sekian,

p/s: selak Al-Quran, cari surah al-Furqan ayat 74. Amalkan,semoga beroleh keredhaan Nya!




Wednesday, 30 January 2013

bujang?

 Tengok kawan ni dapat baby, kawan tu sedang preggy wahhh bahagianya. kami yang lambat lagi ni tumpang gembira. sonok la awak dapat main-main baby sendiri hehe ^^

kita merancang Allah juga merancang,sesugguhnya perancangan Allah itu lah yang terbaik. walau takdek baby sendiri tapi saya ada rayyan,ada mujahid kan. boleh buat main jugak 

#Kalian beruntung cara kalian, kami beruntung cara kami. Manfaatkan masa bujang untuk lebih laju-laju melangkah dlm medan dakwah, boleh jaulah dengan senang hati, ada banyak masa untuk diri, membaca+memasak tanpa henti-henti (okay ni hyperbola)

p/s: guna masa bujang ni untuk lagi laju dlm gerak kerja dakwah.semangat!! :)

Sunday, 27 January 2013

kondisi hati

Antara kaedah untuk kenalpasti keadaan hati sedang kotor dan jauh dari rahmat Allah ialah, apabila dibacakan Al-Quran, hal berkaitan Islam atau mendengar azan, orang iu akan rasa jemu, mengantuk, tak boleh beri perhatian dan tak ambil peduli 

TAPI..

bila dia mendengar bahan-bahan lalai dan hiburan, dia akan mendengar dgn penuh semangat . bila dibuai lagu dan nyanyian.. dia menjadi begitu seronok dan terhibur. juga, akan berasa sgt segar fizikalnya.

Semoga kita semua dijauhkan dari hati sebegitu.

istidraj


Pernah tak terdetik di hati.. "ada org tu tak solat, kaki maksiat, suka buat perkara yang Allah benci TAPI Allah bagi kesenangan pada hidup dia? Cukup makan pakai, dan semua tu (sila imagine kesenangan-kesenangan duniawi)

kenapa ya? kenapa Allah x balas segala perbuatan murka dia tu dengan azab siksa..erm?

sebenarnya...tu adalah "istidraj!!" istidraj tu adalah kesenangan yg Allah bagi pada mereka yang tak soleh dan tak bertaqwa pada Allah. Allah swt membalas maksiat yang dia lakukan dengan nikmat yang akan menyebabkan dia makin lalai dan leka untuk berzikir T__T

mereka anggap tu sebagai kesenangan, kemewahan .padahal ia adalah sebuah 'hukuman' bertujuan untuk menghancurkan orang yang bermaksiat tu sendiri.

ya, "istidraj" tu senang kata adalah HUKUMAN. hukuman yang diberi sedikit demi sedikit dan akhir sekali akan menghancurkan.

Allah kata dalam surah Al-Qalam ayat 44, " Nanti Kami akan menghukum mereka dengan (istidraj) beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui "

nauzubiilah, takut kan? itu lah.. mohon doa pada Allah supaya apa yang kita lakukan tu mendapat pentunjuk dari dia supaya kita tidak tersasar. Ameen!

Sunday, 6 January 2013

Hello! anda masih belum selamat.


Siapa lah sangat si TUDUNG LABUH yang merasakan diri dia tu mulia? Walaupun anda,anda dan anda bertudung labuh..jangan pernah rasa diri sendiri hebat maksum juga mulia. Dengan erti kata lain toksah riak dan ujub! Pasak dalam hati ketat-ketat. Amal ibadat yang kita kumpul nescaya takkan beerti apa-apa kalau niatnya bukan kerana Allah. sia-sia (sila bayang ada tepung dekat tangan,then tiup sekuat hati) ya, amalan baik anda akan hilang.hilang begitu saja sekiranya niat kita tidak tulus.



ada orang dihalang untung bertudung tapi tetap tegar.
Dah kita ni yang sentiasa dipujuk rayu untuk bertudung bila lagi
alasan apa lagi nak beri?



Dan, siapalah juga seorang perempuan yang sehingga kini TEGAR benar mendedahkan aurat. 

Adakah kamu merasa selamat? Tiada istilah "walau aku tak tutup aurat tapi hati aku baik" kerana hati yang bersih dan baik itu akan dipandu iman dan iman itu akan membuahkan hasil dimana kita patuh dan taat pada suruhan Allah. Yang berangan-angan akan syurga tapi tak mahu patuh, jgn fikir Allah malu pandang pada sifat baikmu kalau arahannya kamu tetap ingkar dan HAKNYA kamu ketepikan. Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu..

sekian.

tiup debu

Salam.! aduhhh berdebu nya blog nii. :p
maaf ya bukan sesaje hanan xnak update tapi asyik tak sempat aje. Duk kat U wifi mcm siput sedut. kat rumah ayik melayan cuz, dan adik adik je. Rindu nak menulis, banyak menda nk share dengan readers semua (cehh tu pun kalau ada yg sudi baca).

okay hari ni hanan masih kat rumah. Yep! final exam belum habis,ada gap 11 hari. LAMANYA?! a'ah kan..lama tu yang bahaya sebenrnya. buku pun x sentuh lagi ni. Dah tau dah, nanti lagi 3,4 hari nk exm mula la rasa menyesal apa semua tu. manusiaaaa T.T