Followers

Monday, 27 August 2012

Terima kasih daun keladi

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum..!

Boleh tahan sibuk jadi suri rumah ni ya, tu pasal selalu ada je update yang tertunda. Ermm, Apa khabar roh dan jasad? masih subur terisi dengan taqwa atau sudah lemah longlai dengan timbunan dosa?? erk! tepuk dada tanya iman :)

baiklah! 


Seperti yang dijajikan, entry kali ni nak ' Tunaikan janji ' untuk update pasal kes hanan umairah tak balik kota kemuning lepas iftar.. ehh! ingat lagi ke??..bagi yang belum baca , atau yang ingat-ingat lupa, boleh tengok kat sini. oookay!

Hmphh, memula tu kan plan nk tunggu kak farah datang amek dekat main entrance sunway pyramid. so lepas bersalam peluk cium dengan ayu tersayang, kami berpisah..ayu terus balik ke SACC mall, saya ke tempat 'kepala singa' menanti kak farah. ngeh ngeh 

tunggu punya tunggu.. tetiba kak farah msg, rupanya mereka dah tersilap masuk tempat parking. ishh, tengok jam dah 6.30 masa tu. Memang gedebak gedebuk jantung ni. Dalam hati duk berdoa jangan laa sebab datang amik saya kat sini, tergendala plan asal kak farah.

Kurang lebih dopluh minit memanjangkan leher ala-ala kaum kayan nunn di Thailand untuk cari kak farah dan suaminya. Dah puas pusing kiri kanan takde jugak, terasa nak tengok belakang.. alin-alih dah tercegat seorang wanita yang sangat sopan berjubah sambil dipimpin tangannya oleh seorang lelaki, tersengih kat saya. oohhh legaa!!

tak kira banyak dah! cepat-cepat pergi salam dan err, sempat juga huggg! (walaupun tahu dah lambat) ^___^

Selesai scence ORANGLAMATAKJUMPA, kami berpimpin tangan dan menuntun langkah suami kak farah menuju ke kereta. Ahahaha! dalam duk nak cepat sempat lagi mata dan telinga ni menangkap soseh soseh org yg excited jumpa farah lee ;D

Sampai di hotel singgahsana betul-betul orang azan. Awkward toksah kira laa, sebab rasa asing. kat table tu semua adik beradik abg ally. tapi cuba berlagak selamba ahaha! Laksa penang, air jagung, abc dannn. muffin sebijik. Itu je yg termampu makan. Alhamdulillah kenyang.....sangat! Lepas makan,nak solat maghrib tapi  f
aham-faham aje lah cena surau hotel time tu kan..penuh dan padat. 

Jadi,misi seterusnya mencari masjid untuk solat maghrib. Seperti yg telah direncana rapi oleh Allah, ditakdirkan kami bersolat di masjid bulat,pj. Solat Maghrib, Isya' , tarawikh dan terlibat sama majlis khatam quran disana. Lepas solat (ikut plan asal) saya balik kota kemuning. Tapi memandangkan kami lama tak jumpa dan sememangnya susah nak jumpa saya setuju untuk overnight di rumah mereka atas keizinan pihak berkuasa ahahha. Pihak berkuasa tak tahannn.

Tak sangka sporting rupanya abg ally, lepas terawikh tu bawak kami ke jalan tar (tapi tak turun pun sebab ramai sangat org). Dalam kereta kami layann ceramah ustaz kazim. Ahahaha! pasal apa? pasal perkahwinan. Comel kan mereka. Walau dh beberapa bulan kawin masih belajar dan mendalami ilmu rumahtangga.
Sambil dengar ceramah kami bincang itu ini. Dapat la juga kutip pengalaman dan nasihat mereka berdua. Bisebabkan ramai sangat manusia si jalan tar, jadi kami berpatah balik dan sudahnya  ke tesco. Beli itu ini termasuk ingredient oreo cheese cake. Abg ally tahu kami banyak benda yang nak di 'share' , kak farah dipinjamkan buat saya sementara dia ke bahagian lain.

Agak lewat sampai rumah, mata dah merah..kaki pun sakit. Nak bersembang dengan kak dah tak mampu, masuk bilik..bersiap-siap lebih kurang dan terus ke alam mimpi. zzzzzzzzz! LENA.

                                ************************************************

Alarm pukul 4.30, tapi terjaga dah pukul 5. itu pun sebab dengar orang azan subuh. Bermatian hengat dah takde can nak bersahur (sbb dah azan kononnya) padahal kak farah kata tu azan nak kejut org bangun. ohh, malunyaaa hehehe.

'' Macam mana hanan tidur semalam? okay semua? selesa?.." Aduhh! malu, patutnya saya yang harus mendahului dgn ucap terima kasih atas bilik selesa dan serba serbi lengkap. hhihihi, Terima Kasih tuan rumah.

Kami berjubah hitam dan putih, jalan kedek-kedek ke kedai makan yg memang sangat dekat dengan rumah. Wahh, tak pernah-pernah keluar seawal ni. sejukkk! lepas bersahur, kami terus ke masjid. pun jalan kaki jek! walawehhh best la kat kawasan ni masjid pun dekat kan! Buat PERATAMA KALI NYA sy berpeluang  menghadirkan diri waktu subuh ke masjid. Antara jemaah yang hadir, penduduk setempat termasuk orang-orang acheh. Sangat bagus mereka, lepas solat sambung pulak dengan kuliah subuh. heavennn. Time bersalaman dengan jemaah lain sebelum pulang, seorang makcik menghampiri


" Maaf tanya.. ni isteri ustaz ke (ustaz yg duk bagi kuliah) "

kak farah dh melebar senyum keh keh keh.

" Ehh tak lah, bukann makcik.. bukannn"  -.-

Lepas tu kami terus balik rumah. Seperti yang dijanjikan, saya dan kak farah ditinggal berdua untuk sambung cerita dan berkongsi kisah. Hahh! dan yang paling best waktu ni dapat tazkirah dari kak farah ;)

Sharing bagaimana survive di korea, pengalaman kak farah sendiri yang terpaksa bersolat di bawah tangga berhampiran store sebuah shopping complex disana... dan yang buat hati ini benar kagum adalah kisah beberapa teman baiknya yang memeluk Islam disana. BEST BEST..! Tertunduk malu jugak laa saya memikirkan betapa mereka yang berada di korea sana harus bermujahadah semata-mata untuk bersolat. 


* Ehemmm! kita kat sini masjid berterabur pun malas nak solat yedak?!

                                                 ************************


Tengok jam dah pukul 10. Jadi harus akur pada masa yang memang jeless pada kami.
Siap kemas bilik, packing barang dan melompat masuk kereta hihihi.


kak farah mendahului bawak kereta idaman sayaaaa, xaci ! :P





ini kat traffic light wehehehe.




sementara menunggu suami kak farah yg hantar keta pi basuh.





Dan akhirnyaaaa... selamat diserahkan kembali hanan umairah kepada mok jah ^^


teringat!

sewaktu dalam kereta otw ke shah alam....

Saya memberanikan diri untuk kata... " Kak Farah, Abg Ally... Terima Kasih ya untuk belanja iftar, berus gigi, bilik selesa, belanja sahur dan maaf menyusahkan..."

*malu, seriyess malu waktu cakap mcm ni, heeeee.

Memang sehati benar mereka ni, serentak jawab tu... " Tak ape, kitrg yang patut terima kasih kat hanan... datang tetamu membawa rahmat, perginya membawa dosa... "

Dan saya..... senyum lebar-lebar macam ni :))))

# Alhamdulillah. Waktu bersama kak farah sangat indah. berpeluang iftar,sahur dan subuh bersama. Bermacam yang kami kongsikan. Kak Farah juga bekalkan saya dengan nasihat-nasihat indah seorang kakak kepada adik perempuannya.

 Dan sekarang saya nak cakap, Iyaaaa..... memang benar indah bercinta selepas kawin. Melihat mereka buat saya lagi yakin. Tak payah nak sibuk risau memikirkan sangat siapa jodoh kita. Cukup kita persiapkan diri dengan ilmu... nanti Allah akan buka jalan dan tunjukkan orangnya bila dah TIBA WAKTU YANG SESUAI.

Sekali lagi jazakillah khairan katheera kak farah dan suami untuk semuanya. ya! selamat berbahagia fi dunya wal'akhirah buat kalian.










Wednesday, 15 August 2012

Nota ekspresi rindu.

oh lama betul tak menulis!

Hari ni sedar x sedar kita dah pun meniti hari-hari terakhir di bulan Ramadhan. sekejap je rasanya kann! ermm, tahun ni Ramadhan saya sendiri benar-benar best! mana tak nya.. orang dah panjang langkah,solat terawikh merata!

minggu ke 2 Ramadhan saya menghadirkan diri ke masjid negeri, kuantan pahang untuk berdaurah. 

masa terluang bersama Al-Quran.


iftar kami.





okay maaf.. ni entry marathon. biar gambar berbicara ^^


***********************

Few days lepas tu memenuhi tuntutan tugas, cewahh! tugas sebagai pic makanan untuk daurah adik-adik yg akan fly ke jordan. Jadi makcik kantin ni susah jugak, nk order, hidang dan clear ( tu part paling TAK syok) hehe. Apa pun mampu tersenyum lebar bila mengenagkan 'ganjaran' yg Allah janji bagi siapa yg memberi makan kepada orang yg berpuasa, Terima kasih Allah... beri peluang saya menambah pahala!

permata yg bakal menyuburkan bumi jordan dengan D & T inshaallah.






Penyampai yg mmg mantap. kami seusia, tapi Ilmu dia,Subhanallah :)


                                                        *********************

seterusnya. bermusafir pulak bersama hani munirah ke KL.taraa! ini lagi best!

                                     
                                          Kali pertama menjejakkan kaki ke masjid negara.

erm.saya sukaa masjid yang cantik-cantik. org cakap, Alah kalau nk solat kat mana-mana pun boleh. iya cik saya tahu, tp bg saya masjid yg cantik senibina + imam yang merdua suaranya + karpet yg boleh kasi tenggelam kaki, tu lagi asyik dan mempengaruhi tahap 'fokus' didalam solat.


                                      
W cousin.


merajuk num 1 si kecik nii.


bersungguh dia ajak saya lawan bercakap.kenapa anak arab sgt comel ehh. nk picit-picit je!

******************


Seterusnya dari Sentul, meluncur laju pula ke kota kemuning. a'ah apa lagi, nak ziarah orang-orang tersayang kat sana lah ^^


Pagi-pagi lagi ayu dah msj.. "hanan, ayu otw"
bukan dekat ceq, dengan jam nya lagi. thanks ayu sayang...

                           
Sudahnya ayu bawak ke sunway piramid. sweet sour di matrikulasi kedah. Suka duka dengan dia lah :D


SWEET! aren't we? ahah!


mcm mak dengan anak. iyaa, hanan mak.ayu anak ^^


12-6 ptg bersuka suki dengan ayu.. cuci mata, sambil jalan pegang tangan mcm belangkas. Rehat sekejap solat-solat semua,pastuuu.. nak gi main ice skating.

tapi tak bernasib baik, dia dh nk clear time tu. wuu, xdek rezeki kita nk jatuh tergolek sama-sama en ayuuu! kiki



*****************************

Sebelah petang nya pulak kak farah dtg pick up di sunway piramid, kami keluar iftar bersama.

kak farah memang dh banyak berubah .Thanks Allah :')


Lahaii, serious lama tak jumpa!

ermm. ermm.. lps iftar. hanan umairah tak balik kota kemunig. tak jugak balik ke sentul. dah tu pi mana eh? erkk. erkk.. hehe see u next 'special' entry inshaallah.

hint*

eh! eh! Sape si cantik yg berjubah hitam ni eh? nak bawak sy gi mana??  ^^

                                                   


Friday, 15 June 2012

sekolah agama? no way!

"Ummi hanan taknak tukar sekolah, taknak pergi sekolah agama, taknak belajar bahasa Arab, taknak pakai tudung labuh dan baju kancing kat lengan. MUKTAMAD!"

kurang lebih macam tu la betapa saya menolak lamaran ummi untuk 'di trasfer' ke SMA 7 tahun lalu.

Rasa sangat tak suka pada orang yg pakai tudung labuh. hah Alasan?! selalu nya saya akan cakap org pakai tudung labuh ni 'tak terurus dan berserabai' tambahan, sekolah agama tak best (tanpa ada hujah apa tak best sgt tuu) hmm!

Woahhh. tudia hidup di sekolah harian biasa mcm sgt....... err sgt lah bebas rasanya! Kawan-kawan ramai.. berkawan laki perempuan xdek org nak kisah... "hang kejar aku,aku kejar hang"... bila time birthday kena baling-baling tepung (dikejar oleh lelaki-lelaki). Lengan baju tu kalau boleh lipat lagi pendek,nak macam baju sekolah lelaki .

Saya tak pernah rasa bosan dengan kehidupan yg 'lagha' macam tu. Malah pernah rasa Syukur tak jadi tukar sekolah. cumanya Alhamdulillah DIPAKSA ummi abah untuk pakai tudung. Jadinya tadekla sampai 'freehair' kat sekolah ke apa. dannn...hiduplah saya dgn sebegitu lagha sampai habis form5.

Mungkin berkat doa Ummi dan Abah yang tak pernah putus buat anaknya.. satu hari, Allah gerakkan hati ni untuk baca 1 NOVEL(dah lupa novel apa) yang pasti dlm tu ada cerita-cerita pasal usrah...kehidupan budak sekolah agama...and hati ni terdetik.

'eh usrah tu mcm best, kakak-kakak nya sangat caring..."

.................................


Suatu petang, lps solat Asar....seperti ada yang memandu langkah ni terus ke bilik bawah. Masuk bilik tu, bukak almari, and saya ternampak tudung bidang 60.

Tak tahu apa yang mendorong saya untuk pakai tudung tersebut. cuba-cuba letak atas kepala dan pergi nengok depan cermin...Tengok je kat cermin, bercucuran airmata keluar..Rasa sebak, sayu dan entah!! tak boleh nak describe perasaan sendiri waktu tu. Ada rasa aneh yg buat saya tak henti-henti menangis.

Bila dah reda sikit, saya balik pada almari tu.. selongkar mcm nak cari something lagi. Apa yg saya jumpa.. JUBAH SELUAR yg warnanya sgt matching dengan tudung bidang 60 tadi. Tak fikir banyak..saya ambil baju tu dan bawak naik atas dan simpan dalam bilik!

..................................

Jubah seluar dan tudung tadi tak dipakai pun, cuma tergantung dalam almari. Teringin nak pakai, tapi malu nanti 'kena ejek' takut orang kata 'buang tebiat' ke apa..so pendamkan dulu hasrat!

Memang benar, kalau kita bersungguh nak berubah, Allah akan hantar tentera-tenteranya untuk bantu kita. Sebab apa saya ckp mcm tu?

erm..

Saya realize time tu, satu demi satu Allah mudahkan urusan saya. Allah BANTU saya untuk berubah. saya menyatakan hasrat untuk ber USRAH pada seorang sahabat, dia usulkan hal ni pada kakaknya.

Kak Iylia Farhana, subhanallah insan hebat yg menjadi asbab keterlibatan saya dalam Usrah hingga detik dan saat ini. Kebetulan kak iylia bercuti dan ada di Malaysia time tu.. Dia msj "hanan siap-siap ya pagi besok, kakak ambil hanan kita pergi rehlah" (saya yg risau lebih. rehlah tu apa,nak pakai apa. nanti jumpa org nak cakap apa. aduhhh malunya!)

Bila sampai sana...nah ramainya org! AND the best part is, SEMUA MACIK-MAKCIK, KAKAK-KAKAK, HADEK-HADEK mengalukan kedatangan saya dan melayan saya dengan begitu baik (sampai tak rasa terasing lsg!)

*kami main game apa tah sampai habis kotor tudung saya. Waktu tu jugak akak-akak ni (kak iylia dan kak ainun) menghampiri dan tolong bersihkan 'tepung' yg melekat kat muka dan tudung saya. Subhanallah caringnya :')

Sejak hari itu, hati saya sudah terikat simpul mati pada mereka. Semangat berkobar-kobar nak teruskan  hasrat saya ni (usrah)......

mcm mana usrah pertama saya? apa yang kami bincangkan?

waitt!


inshaallah masih banyak benda yang nak di share. next update pasal my first usrah pulak ya! dengan keterbatasan waktu, ni je yang mampu ditulis. Bila terkenang saat mula-mula berusrah, bercucuran airmata ni. bukan apa, rasa Syukur yang tak terhingga kerana Allah sudi memilih saya antara jutaan orang untuk menikmati indahnya hidup dalam usaha mendekatkan diri kepada Nya.

ps: Jom sama-sama hayati doa ni dan mohon pada Allah dengan penuh pengharapan semoga diberi taufiq dan hidayahnya. semoga hati kita diarahkan untuk taat dan diteguhkan hati pada agamaNya.ameenn!

















Sunday, 10 June 2012

Apakah Aisyah Berniat Memerangi Ali dalam Perang Jamal?







RINGKASAN
Perang Jamal atau Perang Unta

TARIKH: 11 JAMADILAKHIR 36H / DISEMBER 657M

MASA: KURANG DARI 24 JAM

PUNCA : SALAH FAHAM

PESERTA:
PIHAK SAIDINA ALI , PIHAK AISYAH, PIHAK MUNAFIQ PIMPINAN ABDULLAH BIN SABA’(golongan Saba’iyyah iaitu pihak yang membunuh Saidina Uthman)

TOKOH  BESAR YANG TERLIBAT:
-SAIDINA ALI
-SITI AISYAH UMMUL MUKMININ
-TALHAH IBNU UBAIDILLAH
-ABU ABDULLAH ZUBAIR IBNU AL AWWAM

(TALHAH & ZUBAIR SYAHID DI DALAM PEPERANGAN INI, MEREKA TERMASUK DALAM 10 SAHABAT YANG DIJAMIN SYURGA OLEH RASULULLAH)

TEKNIK SERANGAN: MERPETAHANKAN DIRI/SELF DEFENCE
PIHAK YANG MENANG: SAIDINA ALI
PIHAK YANG TERKORBAN: 10-13 RIBU ORANG


Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah

Nepotisme bermaksud melebihkan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi atau kekesuaian terhadap sesuatu jawatan. Contohnya, tawaran jawatan kosong kepada saudara-mara, walaupun masih ada lagi orang lain yang lebih layak serta sanggup melaksanakan tugas sedemikian. Perkataan nepotisme berasal daripada perkataan Latin 'nepos', yang bermaksud "anak saudara" atau "cucu".[1]

Pentadbiran saidina Ali

Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah/Sabaiyyah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah/Sabaiyyah  yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.

Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. [2]

Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabenor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.

Kenapa dinamakan perang unta?

Manakala Aisyah radhiallahu ‘anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Ma’rifat bi al-Akhbar).” [3]

KERANA DI DALAM PEPERANGAN INI SITI AISYAH DUDUK DI ATAS UNTA

Perang Jamal kebenaran yang tersembunyi

Setelah Talhah dan Zubair membaiah Saidina Ali sebagai Khalifah, mereka meminta izin untuk melakukan umrah.

Disana mereka bertemu dengan  Ummul Mukminin Aisyah, di dalam pertemuan itu mereka bersepakat untuk meminta Saidina Ali mempercepatkan qisas keatas pembunuh Saidina Uthman.

Selang beberapa hari kemudian, mereka bertiga beserta beribu-ribu pengikut-pengikut bergerak ke Basrah.
Saidina Ali yang mendengar berita tersebut, juga mempersiapkan tentera, tetapi bukan untuk berperang, hanya sebagai langkah berjaga-jaga, dan beliau mengutus  qa’qa’, untuk berunding dan bertanya tujuan kedatangan mereka. Aisyah menjawab: “wahai anakku, untuk keamanan manusia”.

Jadi Aisyah beserta dua sahabat lagi menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan pihak Saidina Ali, bagi membanteras pemberontak, yang telah menimbulkan huru-hara, serta membunuh Khalifah Uthman dengan kejam.

Malam sebelum berlakunya peperangan Jamal, pihak pemberontak yang bertanggungjawab atas pembunuhan Khalifah Uthman berasa gelisah yang amat, kerana  mereka tahu  apabila pihak Aisyah bergabung dengan pihak Saidina Ali, lambat laun tembelang mereka akan pecah, dan mereka pasti di qisaskan atau di hukum. Sebelum fajar menyinsing, para pemberontak yang menghampiri angka 2000 orang, telah mencipta fitnah, mereka menyerang kubu pihak Ali dan Aisyah. Maka tercetuslah salah faham, Aisyah menyangka pihak Ali telah khianat dan menyerang mereka, begitu juga Ali menyangka sebaliknya, jadi tercetuslah peperangan Jamal, beribu-ribu umat Islam meninggal. Talhah syahid di dalam peperangan itu, manakala Zubair, tidak mengikuti peperangan tersebut, kerana beliau mendengar Nabi bersabda, yang beliau (Zubair) akan berselisih dengan Saidina Ali dan beliau di pihak yang salah, maka beliau menuju ke Wadi Suba’, tetapi di bunuh oleh Amir bin Jurmuz ketika solat.

Ali memberitahu Rasulullah bersabda”Pembunuh Zubair di Neraka”

“Sesungguhnya Aisyah tidak diperangi dan tidak pergi untuk berperang. Sesungguhnya beliau pergi hanya untuk kebaikan umat Islam. Beliau menjangkakan pada pemergiannya terdapat kemaslahatan kepada umat Islam. Kemudian sesudah itu jelas baginya bahawa meninggalkan pemergian tersebut adalah lebih tepat. Maka setelah itu apabila sahaja beliau mengingat kembali pemergiannya itu, beliau menangis sehingga membasahi kain tudungnya.”[4]

Aisyah dihantar pulang ke Madinah, diiringi sepasukan wanita, yang bersenjata.

Sekalipun aliran Syi`ah telah diharamkan di Malaysia, sebahagian daripada ajaran mereka masih tersebar luas. Di antaranya ialah berkenaan sejarah para sahabat, dimana banyak buku-buku tempatan yang memuatkan kisah tersebut berdasarkan versi Syi`ah. Sejarah versi Syi`ah mudah dikenali, ia bersifat pro kepada Ali bin Abi Thalib serta ahli keluarganya dan bersifat kontra kepada para sahabat yang lain. Kisah-kisah sejarah versi Syi`ah telah mendapat tempat yang kukuh dalam pemikiran umat Islam tanah air sejak di bangku sekolah sehingga dianggap ia adalah fakta yang benar.[5]

Aisyah memberontak kepada Ali?

Antara sejarah versi Syi`ah yang masyhur adalah Perang Jamal merupakan pemberontakan yang diketuai oleh Aisyah ke atas Ali bin Thalib. Kenyataan ini memerlukan penelitian semula: Benarkah Perang Jamal adalah satu gerakan pemberontakan ke atas Ali yang diketuai oleh Aisyah?

Perang Jamal bermula apabila Aisyah, Thalhah dan al-Zubair radhiallahu ‘anhum serta orang-orang yang bersama mereka pergi ke Basrah selepas pengangkatan Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh menjadi khalifah umat Islam. Semua ini berlaku selepas pembunuhan Amirul Mukminin Usman bin Affan radhiallahu ‘anh. Melihatkan pemergian Aisyah dan pasukannya, Amirul Mukminin Ali turut pergi ke Basrah bersama pasukannya. Apabila menghampiri Basrah, kedua-dua pasukan ini telah bertembung dan dengan itu berlakulah satu peperangan yang dinamakan Perang Jamal. Ia dinamakan sedemikian kerana Aisyah berada di atas unta (Jamal) ketika peperangan tersebut.

Dalam peristiwa ini, timbul dua persoalan. Yang pertama, kenapakah Aisyah dan pasukannya bergerak ke Basrah? Al-Qadhi Ibn al-Arabi rahimahullah (543H) menerangkan bahawa orang ramai mengemukakan beberapa pendapat. Ada yang berkata mereka keluar kerana ingin melucutkan Ali daripada jawatan khalifah. Ada yang berkata mereka benci kepada Ali. Ada yang berkata mereka ingin mencari para pembunuh Usman. Ada yang berkata mereka keluar untuk menyatu-padukan semula umat Islam. Di antara semua pendapat ini, yang benar adalah yang terakhir. Al-Qadhi Ibn al-Arabi menegaskan:

“Mungkin mereka keluar demi keseluruhan umat Islam, mengumpulkan dan menyatu-padukan mereka kepada undang-undang yang satu (Islam) agar tidak berlaku kebingungan yang akan mengakibatkan peperangan. Dan inilah pendapat yang benar, tidak yang lainnya.”[6]

Sebelum itu hal yang sama ditegaskan oleh al-Imam Ibn Hazm rahimahullah (456H):

“Dan adapun (pemergian) Ummul Mukminin (Aisyah), al-Zubair dan Thalhah radhiallahu ‘anhum berserta orang-orang yang bersama mereka (ke Basrah), tidaklah mereka sedikit jua bertujuan membatalkan kekhalifahan Ali, mereka tidak mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan yang merendahkan beliau daripada jawatan tersebut, mereka tidak bertujuan mengangkat khalifah baru yang lain dan mereka tidak memperbaharui bai`ah kepada sesiapa yang lain. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh sesiapa jua dengan apa cara jua.

Kebenaran yang sebenar yang tidak memiliki apa-apa permasalahan padanya adalah mereka tidak pergi ke Basrah untuk memerangi Ali atau menentangnya atau mencabut bai`ah daripadanya ,yang benar mereka berangkat ke Basrah tidak lain untuk menutup (daripada berlakunya) perpecahan yang baru dalam Islam disebabkan peristiwa pembunuhan yang zalim ke atas Amirul Mukminin Usman radhiallahu ‘anh.” [7]
Berdasarkan penerangan di atas, jelas kepada kita bahawa dalam pemergiannya ke Basrah, Aisyah radhiallahu ‘anha tidak memiliki tujuan berperang atau memberontak terhadap Ali radhiallahu ‘anh. Ini membawa kita ke persoalan kedua, jika demikian kenapakah kedua-dua pasukan ini bertembung dan berperang?

Kenapakah berlakunya Perang Jamal?

Al-Imam Ibn Hazm melanjutkan, pasukan Ali turut ke Basrah bukan untuk memerangi pasukan Aisyah tetapi untuk bersatu dengan mereka, menguatkan mereka dan menyatukan umat Islam dalam menghadapi peristiwa pembunuhan Usman.[8]

Akan tetapi pada waktu yang sama wujud juga orang-orang yang sebelum itu terlibat dalam pembunuhan Usman. Mereka menyamar diri dengan berselindung di kalangan umat Islam. Apabila melihat Aisyah dan pasukannya pergi ke Basrah, mereka menyalakan api fitnah kononnya pemergian tersebut adalah kerana perpecahan daripada kekhalifahan Ali. Namun apabila para pembunuh Usman mendapat tahu bahawa pasukan Aisyah dan Ali telah bersatu, mereka menjadi bimbang lagi cemas. Ini kerana selagi mana umat Islam berpecah, selagi itulah para pembunuh Usman terselamat daripada apa-apa tindakan. Sebaliknya jika umat Islam bersatu, pasti kesatuan tersebut akan memudahkan tindakan diambil ke atas para pembunuh Usman.
Maka para pembunuh Usman merancang untuk melagakan kedua-dua pasukan tersebut. Pada awal pagi ketika hari masih gelap, mereka menyerang pasukan Aisyah. Dalam suasana terperanjat daripada tidur yang lena, pasukan Aisyah menyangka bahawa pasukan Ali telah berlaku khianat dan menyerang mereka. Sebagai tindakan mempertahankan diri sendiri (self defense), mereka menyerang balas ke atas pasukan Ali. Pasukan Ali pula menyangka pasukan Aisyah telah berlaku khianat dan menyerang mereka. Dengan itu mereka menyerang balas, juga sebagai tindakan mempertahankan diri sendiri. Tanpa disangka-sangka, bermulalah Perang Jamal sekali pun kedua-dua pihak pada asalnya tidak memiliki apa-apa tujuan berperang.

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (774H) memperincikan detik-detik yang mengakibatkan bermulanya Perang Jamal:

“Orang-orangpun merasa tenang lagi lega  pada waktu malamnya kedua-dua pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi para pembunuh Usman melalui malam tersebut dalam keadaan yang seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan bersepakat untuk mengobarkan peperangan pada awal pagi esoknya. Mereka bangun sebelum terbit fajar, jumlah mereka menghampiri seribu orang. Masing-masing kelompok bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan Aisyah) dengan pedang. Setiap golongan bergegas menuju kaumnya untuk melindungi mereka. Orang-orang (pasukan Aisyah) bangun dari tidur dan terus mengangkat senjata. Mereka berkata: “Penduduk Kufah (pasukan Ali) menyerbu kita pada malam hari, mereka mengkhianati kita!”

Mereka (pasukan Aisyah) mengira bahawa para penyerang itu berasal dari pasukan Ali. Suasana hura hara tersebut sampai ke pengetahuan Ali, lalu beliau bertanya: “Apa yang terjadi kepada orang ramai?” Mereka menjawab: “Penduduk Basrah (pasukan Aisyah) menyerang kita!”

Maka kedua-dua pihak mengangkat senjata masing-masing, mengenakan baju perang dan menaiki kuda masing-masing. Tidak ada seorang jua yang menyedari apa yang sebenarnya terjadi.” [9]

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) meringkaskan detik-detik ini dalam satu perenggan:
“Mereka (para pembunuh Usman) menyerang khemah Thalhah dan al-Zubair. Lalu Thalhah dan al-Zubair menyangka bahawa Ali telah menyerang mereka, maka mereka menyerang kembali untuk mempertahankan diri (self defense). Seterusnya Ali pula menyangka bahawa mereka (Thalhah dan al-Zubair) menyerangnya, maka Ali menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Maka berlakulah fitnah (peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka (kedua-dua pihak).

Manakala Aisyah radhiallahu ‘anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Ma’rifat bi al-Akhbar).” [10]

Demikianlah penjelasan para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah berkenaan Perang Jamal. Kembali kepada persoalan asal pada permulaan artikel ini: Benarkah Perang Jamal adalah satu gerakan pemberontakan ke atas Ali yang diketuai oleh Aisyah? Penjelasan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah menjadi jawapan kepada persoalan asas ini,:

“Sesungguhnya Aisyah tidak diperangi dan tidak pergi untuk berperang. Sesungguhnya beliau pergi hanya untuk kebaikan umat Islam. Beliau menjangkakan pada pemergiannya terdapat kemaslahatan kepada umat Islam. Kemudian sesudah itu jelas baginya bahawa meninggalkan pemergian tersebut adalah lebih tepat. Maka setelah itu apabila sahaja beliau mengingat kembali pemergiannya itu, beliau menangis sehingga membasahi kain tudungnya.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 316]

Pada malam harinya (Perang Jamal berlangsung pada malam hari) kaum munafiquun menyusup ke barisan sahabat Thalhah ra. dan Zubair ra. dan melakukan penyerangan mendadak.  Kerana merasa diserang maka kubu Thalhah ra. dan Zubair ra. balas menyerang ke pasukan Ali bin Abi Thalib ra dan perang besar pun tak terhindarkan.  Perang ini disebut Perang Jamal dan berakhir dengan kemenangan Ali bin Abi Thalib ra. dan meninggalnya 2 orang sahabat yang dijamin masuk surga yaitu Thalhah ra. dan Zubair ra.

Riwayat-riwayat yang sahih menyebutkan bahawa tujuan sebenar Talhah, al-Zubair dan orang-orang yang bersama mereka keluar ialah untuk membaiki keadaan dan menghapuskan orang-orang yang melakukan kerosakan dengan membunuh Uthman. Mereka tidak keluar untuk kepentingan kuasa atau mana-mana tujuan duniawi bahkan mereka sekali-kali tidak bermaksud untuk  memerangi Ali dan orang-orang Islam bersamanya.[11]

Hakikat ini telah dikemukakan oleh Ibn Kathir. Beliau menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagi utusan untuk menemui Talhah dan al-Zubair mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan menyatakan kepada mereka berdua betapa besarnya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah `Aishah. 

Beliau berkata: “Wahai Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”.

`Aishah menjawab: “Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.”
Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya `Aishah menjemput Talhah dan al-Zubair datang menemui `Aishah lalu mereka berdua tiba.

Al-Qa`qa` berkata: “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia.” 

Lalu mereka berdua menyatakan: “Kami pun dengan tujuan yang sama.”
Jelas dari riwayat di atas Aishah, Talhah dan al-Zubair mengatakan bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara manusia.
Sesungguhnya mereka telah bercakap benar dan Syi`ah telah berdusta. Ini dibuktikan dengan mereka telah berdamai dan Ibn Kathir telah menyebutkan daripada Ali ketika beliau ditanya oleh Abu Salam al-Dala’i:
“Adakah mereka itu (Mu`awiyah dan orang-orang bersamanya) mempunyai hujah berkenaan tuntutan mereka terhadap darah ini (darah Uthman) jika mereka benar-benar ikhlas kerana Allah dalam perkara ini?
Ali menjawab: “Ya.”

Abu Salam bertanya lagi: “Adakah tuan mempunyai hujah mengapa tuan menangguhkannya?”
Ali menjawab: “Ya.” Apa yang dikatakan oleh Ali ini merupakan pegangan Ahli Sunnah berkenaan  peristiwa yang berlaku sesama sahabat.
Ahli sunnah beriktiqad bahawa masing-masing mereka itu mujtahid, jika benar mereka mendapat dua pahala tetapi jika tersilap mereka mendapat satu sahaja. Para sahabat telah bersetuju untuk tidak meneruskan perselisihan tersebut dan tidak terlintas kepada mereka kecuali segala-galanya telah berakhir dan tidak ada sebarang peperangan.

Namun golongan Saba’iyyah yang melakukan pembunuhan khalifah Uthman tidak berpuas hati lalu mereka mengatur satu pakatan untuk mencetuskan peperangan maka berlakulah peperangan Jamal.

Ini telah dinyatakan oleh Ibn Kathir dan lain-lain bahawa al-Qa`qa` apabila dihantar oleh Ali untuk menemui Talhah, al-Zubair dan `Aishah dan menawarkan kepada mereka perdamaian. 

Mereka menjawab: “Kamu memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika Ali datang dan dia berpandangan seperti kamu, keadaan akan menjadi baik.” 
Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Ali dan mencerita apa yang berlaku dan itu benar-benar mengkagumkan Ali. Kemudian Ali menemui orang-orangnya supaya mereka sama-sama berdamai. Lalu mereka yang benci, tetap membenci dan orang yang reda, tetap reda.
`Aishah kemudiannya menulis surat kepada kepada Ali menyatakan beliau datang untuk tujuan perdamaian, lalu pihak masing-masing gembira.

Kemudian Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: “Jika pendirian kamu berdua masih seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua, maka tunggulah sehingga kami datang dan membincangkan perkara ini. Lalu mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya kami masih lagi berpendirian seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.

” Hati dan jiwa kedua-dua belah pihak menjadi tenang dan reda lalu mereka berkumpul. Pada waktu petang Ali menghantar Abdullah bin Abbas sebagai wakil dan pihak Talhah menghantar Tulaihah al-Sajjad.
Pada malam itu, mereka melalui malam yang paling baik dan indah tetapi pembunuh-pembunuh Uthman melalui malam yang paling buruk bagi mereka dan mereka merancang dan berpakat untuk mencetuskan peperangan pada waktu malam yang akhir.

Lalu mereka keluar sebelum fajar menyinsing.Bilangan mereka itu hampir 2,000 orang. Masing-masing menuju kepada yang berdekatan mereka dan melancarkan serangan dengan pedang-pedang. Maka setiap kumpulan bangkit menuju ke pasukan masing-masing untuk menghalang mereka. Orang ramai terjaga dari tidur dan mendapatkan senjata. 

Mereka berteriak: Ahli Kufah telah mendatangi dan menyerang kami pada waktu malam. Mereka telah menipu kita.Mereka menyangka ini adalah perbuatan orang-orang Ali. Lalu hal ini sampai kepengetahuan Ali dan beliau bertanya: "Apa yang telah terjadi kepada orang ramai?" 

Mereka menjawab: "Ahli Basrah telah menyerang kami pada waktu malam." Lalu semua kumpulan mendapatkan senjata, memakai baju besi dan menaiki kuda. Tidak siapapun di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi. Dan ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.


Biodata Talhah ibn Ubaidillah [12](Pahlawan Perang Uhud)

Pada awalnya, Talhah ibn Ubaidillah merupakan seorang peniaga kain yang berasal dari Makkah. Kerap berniaga dan membawa barangan berharga di Syria. Ibunya bernama Sa'abah binti al-Hadrami.
Masuk Islam setelah berjumpa dengan seorang pendeta Nasrani ketika berniaga di Busra. Ketahanannya diuji dengan seksaan yang diterima oleh beliau dan Abu Bakar ketika di Makkah
Rasulullah menggelarkan beliau sebagai "Syahid yang hidup" kerana keadaan fizikalnya ketika itu yang sudah cedera akibat terlibat dengan banyak pertempuran bersama baginda. Hadis Nabi berkenaan kehebatan beliau:

"Barangsiapa yang ingin melihat syahid yang sedang berjalan di muka bumi ini, lihatlah pada Talhah ibn Ubaidillah"

Beliau merupakan pelindung bagi Rasulullah semasa Perang Uhud ketika umat Islam dalam keadaan terdesak akibat serangan kaum Musyrikin Makkah. Terlibat dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine. Ketika Perang Jamal, beliau berada di pihak Saidatina Aishah binti Abu Bakar. Beliau akhirnya terkorban akibat lembing beracun yang dilemparkan oleh Marwan bin al-Hakam.

Surah Al-Ahzab:23
“Di antara orang-orang mukmin itu terdapat sejumlah laki-laki yang memenuhi janji-janji mereka kepada Allah. Di antara mereka ada yang memberikan nyawanya, sebahagian yang lain sedang menunggu gilirannya. Dan tak pernah mereka merubah pendiriannya walaupun sedikit…”

Setelah Rasulullah membaca ayat yang mulia itu, beliau menatap wajah para sahabatnya sambil menunjuk kepada Talhah sabdanya:

“Siapa yang suka melihat seorang manusia yang masih berjalan di muka bumi, padahal ia telah memberikan nyawanya, maka hendaklah ia memandang Thalhah…!”[13]

Biodata Zubair Al-Awwam (Pembela Rasulullah)[14]

Zubair dan Talhah telah dipersaudarakan oleh Rasulullah di Mekah sebelum hijrah. Rasulullah juga pernah bersabda:

“Thalhah dan Zubair adalah tetanggaku di dalam syurga”. 

Zubair dan Talhah juga dari keturunan yang bersambung dengan Rasulullah. 

Talhah bertemu keturunan dengan Rasulullah pada Murrah bin Kaab. 

Zubair pula bertemu nasab dengan Rasulullah pada Qusai bin Kilab, dan ibunya Shafiah, adalah saudara perempuan ayah Rasulullah(Abdullah). 

Zubair termasuk dalam golongan tujuh orang yang mula-mula menyatakan keislaman, pada permulaan dakwah Rasulullah.

Kecintaan dan penghargaan  Rasulullah buat Zubair, amat besar sekali, sabdanya

“Setiap nabi mempunyai pembela dan pembelaku adalah Zubair bin Awwam..” Ia adalah sepupu Rasullah dan merupakan suami kepada Asma binti Abu Bakar Al-Siddiq.

Sewaktu berlaku perang Jamal akibat salah faham, Saidina Ali sempat bertemu Zubair dan Talhah, katanya 

“Wahai Zubair, aku minta kau jawab kerana Allah! Tidakkah engkau ingat, sewaktu Rasulullah menghampiri kita yang sedang berkumpul bersama, lalu beliau (Rasulullah) bersabda 
“Wahai Zubair, tidakkah engkau mengasihi Ali..” 

kemudian engkau menjawab “Kenapa pula aku tidak mengasihi saudara sepupuku, anak kepada ibu dan bapa saudaraku, serta se akidah denganku…” 

Rasulullah bersabda lagi “Hai Zubair demi Allah, bila engkau memeranginya (Ali), jelas engkau telah berlaku zalim kepadanya…” Sewaktu itu Zubair tersedar akan kesilapannya “Ya, sekarang aku ingat, hampir aku terlupa (sabda Rasulullah), demi Allah aku tidak akan memerangimu."

Talhah dan Zubair menarik diri dari perang saudara itu. Mereka menghentikan perlawanan setelah tahu kedudukan sebenar peperangan itu, tambahan pula apabila mereka terlihat Ammar bin Yasir berperang di pihak saidina Ali. Mereka teringat sabda Rasulullah kepada Ammar “Yang akan membunuhmu ialah golongan yang derhaka…”

Mereka lalu mengundur diri, Zubair diikuti oleh Amru bin Jarmuz, lalu dibunuh sewaktu, Zubair sedang solat, manakala Talhah dipanah oleh Marwan bin Hakam.

Si pembunuh pergi kepada Imam Ali, dengan bermaksud memberitahu beliau tentang tindakannya terhadap Zubair dengan dugaan Ali akan gembira, malah dia turut membawa pedang Zubair yang diambilnya selepas melakukan kejahatan yang sangat kejam itu , maka berteriak keras Ali, apabila mengetahui di muka pintu itu, ada pembunuh Zubair, sahabat yang sangat dicintai Rasulullah, beliau memerintahkan orang mengusir Amru 

“Sampaikan berita kepada pembunuh putera ibu Shafiah itu, bahawa untuknya telah disediakan api neraka…”

Sewaktu pedang Zubair ditunjukkan kepada Ali, bercucur lagi air mata sahabat Nabi, yang merupakan sepupu, menantu, dan golongan sahabat Nabi yang dijamin syurga, sambil mencium pedang itu katanya “Demi Allah pedang ini sudah banyak berjasa, digunakan oleh pemiliknya (Zubair) untuk melindungi Rasulullah dari ancaman bahaya…”

Ali meninjau orang-orang yang gugur sebagai syuhada di medan peperangan Jamal. semuanya disolatkan, baik yang bertempur di pihaknya mahupun di pihak yang menentangnya. Setelah selesai mengebumikan Talhah dan Zubair beliau berkata

“Sesungguhnya aku amat berharap agar aku bersama Talhah, Zubair, Utsman, termasuk di antara orang-orang yang difirmankan Allah

Al-Hijr:47

“Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang ada dalam hati mereka sebagai layaknya orang yang bersaudara, dan di atas pelamin mereka duduk dengan gembira secara berhadap-hadapan…”
Kemudian disapunya makam mereka dengan pandangan kasih sayang, yang keluar dari hati yang bersih dan penuh belas kasihan sambil berkata

“Kedua telingaku ini mendengar sendiri sabda Rasulullah, Thalhah dan Zubair menjadi tetanggaku dalam syurga…”