Followers

Monday 26 August 2013

Belum wujud kat dunia, dah dapat hadiah!

Salam alaik.

ok seriyes ini akan jadi betul-betul entry marathon. Takdan aih nak update panjang bejela walaupun niat dihati macam-macam nak share kat sini.

apakan daya .......!

okay senanya malam ni, lepas maghrib tadi abah ajak teman dia pergi Etiqa untuk bagi talk sikit (act lebih kepada motivasi centu la). Antara yang tadi tu, faez dengan firdaus. Kawan sekolah menengah dulu.


Memang enjoy dengar talk abah , dengan hanan sekali rasa termotivasi. Eheh! Pukul 11.15 macam tu abah dah siap bagi salam dan sadaqallahul'adzim.

Bila turun bawah time dah nak balik, faez ckp "kejap eh hanan...faiz nak amik barang.." Abah dengan hanan pun tunggu la kat kereta jap. Datang tu nampak faez bawak hadiah dan dia hulurkan "nah hanan..hadiah kawen. faez tak leh attend wedding hanan...."

okay waktu tu hanan mcm 'freezing' kejap.

Amik hadiah yang faez hulur sambil tunjuk kat abah, cakap thanks terus hanan masuk kereta, tutup pintu dan gerak balik dulu. Sebenarnya masa tu hanan rasa mcm empangan nak pecah. Haaaa...dah kenapa hanan oi??

itulah, TAK TAHU. seriyes tak tahu kenapa jadi mcm tu.

Rasa sebak, sedih, dan rasa mcm kena jauh dari kawan. Haiiila hanan, semenjak dua ni sensitive betul jadinya. Hal yang patut happy boleh dibuat menangis, hal yang orang lain gelak hanan boleh terasa tak tentu pasal. tapi memang betul tak faham kenapa.

Actually faez dengan firdaus ada pesan, hadiah ni bukak 31 ogos nanti. Tapi sorry lah kawan, hanan jenis yang tak menyempat. Berhenti kat traffic light, dengan ayaq mata yang dah basah kat pipi, pelan-pelan bukak balut hadiah tu.

tengok-tengok... TARAA!!




Faez kasi hadiah baby! Amboi amboi laju kedepan nampak faez ni...Entah bila hanan boleh manfaatkan hadiah ni ya, doakan lahhh. Untung baby, belum wujud kat dunia dah dapat hadiah baju. hihi

By the way, jazakallah kheir faez hakimi ! takpelah tak dapat hadir majlis pun asal doa mengiringi. Nanti dah ada baby, hanan pakaikan dia baju faez kasi ni inshaallah ^^

Makin dekat nak kawen, makin menjadi-jadi mixed feelings ni!“Allahumma, ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik wa ‘ala thoatik” -doa ketetapan hati







Wednesday 21 August 2013

Tiup habuk

Tak tahu kenapa harini rasa bersemangat pulak jari nak ber'dansa' atas keyboard dan coretkan sesuatu dalam blog setelah sekian lama di tinggalkan tanpa sebarang update. Inshaallah, moga-moga masih diberi kekuatan untuk kembali ke alam blogger yang menuntut seribu satu istiqamah dan kesabaran.

pejam celik, berbaki lagi 10 hari untuk hanan melangkah ke tangga seterusnya yakni baitul muslim.

Perasaan?

Entah nak kata...sekejap excited, sekejap takut, sekejap risau dan akhir-akhir ni lagi entah hape-hape je perasaan. Kadang-kadang rasa nak termuntah tengok  gambar orang kawen kat facebook (sbb diri ni mmg jenis  nak muntah kalau dh berdebar sgt). *terasa mengada kat situ*


okeh!

Minggu ni agak disibukkan dengan aktiviti nak distribute card pada kenalan, saudara mara, jiran tetangga, dan cikgu+lecturer. Bangun pepagi biasanya dah set dlm kepala "apa aku perlu buat harini". kalau tak  buat cantu memang tak tak berhabisan la kerja yang berlambak. Aktiviti sebelah malam pulak berkumpul dengan aunty dan cousin-cousin untuk settlekan goodies. hehe.

Banyak rupanya urusan untuk menikah. Bermula daripada borang permohonan nikah saaaaaampai lah urusan barang hantaran dan goodies apa semua tu. Agak mencabar dan menuntut masa serta kesabaran. Tapi Alhamdulillah beruntung juga keluarga kami tetapkan tarikh perkahwinan sewaktu hanan masih dalam mood cuti sem. Jadi lega sikit untuk buat preparation sebab tak terikat dengan kelas ke apa. kalo tidak.... erm.

Ada yang tanya "kenapa cepat sangat hanan nak menikah nii..." etc.
Dan selalunya, hanan cuma jawab dengan senyuman canggini :)

Ya Allah..

Kalian, Senanya.... semua ni diluar perancangan hanan secara konkrit. Hanan hanya bercita-cita nak tamatkan zaman bujang dalam waktu masih belajar tapi tak pula tetapkan bila dan dengan siapa. Alhamdulillah Allah dah tetapkan macam ni dan hanan hanya melalui ketetapan Allah buat hanan. Kami kenal tak lama pun... Hanya 2 bulan urusan perkahwinan nak dilaksanakah. 25 mei dirisik. 8 june bertunang dan inshaallah diijabkabulkan 31 ogos nanti. Itulah, bila Allah dah buka jalan...semuanya sepantas kilat. kekadang rasa mcm tak percaya jugak selaju ini. o__0"


Meniti 10 hari terakhir dalam kesibukan buat preparation apa bagai, Alhamdulillah mendapat sokongan dan nasihat yang tak putus dari akhawat(s) terchenta dan mereka mengingatkan hanan untuk 'jaga rapi' mutabaah amal. Terharu betul, yelah.... hakikat kita manusia yang mudah lupa. sentiasa perlu ada yang mengingatkan dan mendorong. Ukhti nusaibah banyak ingatkan hanan supaya jaga amal ibadah, lazimi solat-solat sunat dan perbanyakkan zikir kepada Allah. Mudah-mudahan urusan ni berjalan dengan lancar katanya. Jazakillah ukht!


Selain tu, hanan curi-curi masa untuk baca buku yang disyorkan oleh akhawat dan kakak ipar. Buku penjernihan hati dan persediaan menghadapi Alam perkahwinan. Tu sebagai bekal secara teori yang praktikalnya tunggu nanti. Terkadang, bila duduk sendiri selalu la jugak kepala ni merewang dan terfikir  "Bersedia dah ke aku nak pikul tanggungjawab sebagai isteri ni? Layak ke aku untuk jadi sayap kanan si suami dalam sama-sama menggerakkan dakwah nanti? Bersediakah aku nak lahirkan mujahid mujahidah di jalan dakwah ni? ..."

uhuk.uhuk.

Bila memikirkan persoalan macam ni, cecepat istighfar padaNya moga-moga impianku dipandu oleh syariatnyadan dijauhkan dari hasutan syaitan laknatullah! Ameen!

Apa pun, hanan dengan kerendahan hati memohon doa daripada sahabat pembaca semoga baitul muslim yang bakal dibina mendapat keredhaan dan keberkatan Allah swt. Mudah-mudahan penyatuan ini jugak memberikan kekuatan untuk Islam inshaallah.

oh ya!

Jangan lupa ambil peluang selepas solat untuk doakan mesir, doakan saudara-saudara kita kat sana. Mohon supaya Allah selamatkan bumi Mesir dan ringankan penderitaan mereka kerana sesungguhnya DOA MERUPAKAN SENJATA MUKMIN.