Followers

Sunday 31 March 2013

Sayonara Jahiliyyah

Harini terbaca satu hadis yang membawa maksud:
"Sesiapa yang mati tetapi tak pernah berjihad dan tak pernah berniat untuk berjihad, dia mati dengan kematian jahiliyyah" – Hadith Sahih

hmm,


Menyirap darah bila baca hadith tu. Kalau la ditakdirkan Allah SWT saya dimatikan waktu tu dan pada waktu tu jugak belum ada niat nak berjihad, Maka sah-sah dah saya akan tergolong dalam golongan yang rugi dan kembali pada Dia dengan kematian yg jahiliyyah kan T__T

Kalau boleh, perkataan jahiliyyah ni nak je saya buang jauh-jauh. Cukup lah sisi hidup jahiliyyah yang dahulu menghantui. Dah banyak airmata palsu yang menitis kerana hal-hal yang tak sepatutnya. Kalau lah tangan, kaki, mata, atau semua anggota badan boleh berbicara..mesti mereka mengutuk-ngutuk saya kerana dahulu saya menggunakan mereka untuk hal yang dibenci Allah!

Bila kenangkan hal tu, Sekarang saya rasa bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Dia dalam keadaan sedar dan faham untuk apa saya berada disini.


nak share 1 firman Allah yang berbunyi

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka miliki hati, tetapi tidak dipergunakannya utk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka miliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka punyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."
                                                                                                                         
                                                                                                      [surah Al-A'raf: 179]


Ya, sebelum ni kurang sekali saya gunakan hati untuk memahami ayat-ayat Allah. Hati ini lebih banyak digunakan untuk melayani 'rasa' yang tak perlu, drama yang merapu-rapu dan kadangkala sampai menitiskan airmata (konon sebab terlalu menjiwai watak)

muntah warna warni.



Baik abah, abang long.. semua dah nasihat. Tapi masa tu apa saya rasa?

 "kolot sugguh abah ngn abang aku ni. orang nak layan drama pon x boleh ke, xkan nk baca buku..baca quran sokmo" Perghh. Berdesing

 Enuff...Saya tak nak tegolong dalam golongan yang Allah taala cakapkan seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi. Saya nak keluar dengan sepenuhnya dari kepompong jahiliyyah yang menyesakkan itu.

Ya Allah, kau tetapkanlah hati ini agar terus tsabat mencari Redhamu




Wednesday 6 March 2013

hakcipta Allah

[commey nyerr!]

Tak ada satu orang pun yg masa dalam perut ibu tu, dia boleh pilih nak pakai kulit warna apa.. Nak mewarisi tubuh yang macam mana.. Nak bentuk muka apa.

semua tu hakcipta terpelihara Allah SWT. 

Dah kalau faham macam tu, entah kenapa ada yang sanggup "mempersenda" karya agung Yang Maha Sempurna. Sedangkan di sebalik rupa dan warna itu hanya lah tulang putih yang sama belaka.

Allahuakhbar!

kenapa kenapa

Kenapa saya buat ni. 

entah.

Tadi habis kelas 9am, Balik bilik..daftar kursus dan settlekan sikit perkara kemudian ini yang jadi.

Minat baru? emm mungkin!



Baju muslimah paddlepop >_<




 Tapi lepas siap dan tengok hasil, rasa PUAS! :)


P/S: guna logam yang ada untuk ISLAM, inshaallah